Aku tak pernah dengar terma sel baik dan sel jahat. Good cells vs bad cells? Siapa pernah dengar, tolong guide aku.
Kata orang ini,“Dalam badan kita ni memang ada banyak tau sel jahat dan sel baik, so sentiasa sel jahat dan sel baik ni bertembung di dalam badan, saling berperang. Bila kau menggunakan minyak masang yang berulang-ulang, sel jahat tu akan bercambah.”
Aku pernah study-lah sikit pasal biodiesel dulu, ingat nak berniaga biodiesel dulu. Aku tau memang minyak masak yang dimasak berkali-kali atau dimasak melebihi certain temperature boleh menghasilkan hydrogen peroxide yang memang digunakan untuk element biodiesel. Ya, hydrogen proxide boleh menyebabkan penyakit cardiovascular dan cancer.
Tapi, pasal ada sel baik dan jahat tu aku macam ragu-ragu sikit. Normal cells dan canserous cells kot. Tapi badan kita memang dah ada cancer cells dari awal ke?
Siap kata sel-sel saling berperang. Tapi penyudahnya ni nak jual makanan kesihatan je nanti. Aku memang skeptikal betul dengan lebai sembang sunnah dan kesihatan. Ilmu sains takda main bedal je cakap.
Ke aku yang salah? Ada biologist yang boleh betulkan aku?