LEPAS KES SENDIRI, KITA SINGGAH KES ADIK BELLA SEKEJAP..

L

Alhamdulillah, adik Yasmin, saksi utama yang tinggal serumah dengan OKT dan adik Bella menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh pihak peguambela dengan sangat cemerlang.

Aku malas nak tulis, biar wartawan dan medialah yang melaporkan kejadian dan soal jawab dalam mahkamah tadi. Bukan boleh harap puak diorang ni, dulu aku tak buat apa pun dia try nak komitalkan aku. Konon aku menghina mahkamah.

Hakim untuk perbicaraan ini sangat baik, bagus dan cakna. Dalam pengalaman aku naik turun court, charactor hakim seperti ini sangat baik dan sangat membantu memudahkan proses keadilan di mahkamah.

Adik Yasmin juga sangat steady, tegas dengan jawapan-jawapanya. Mungkin kerana dia hanya menceritakan kisah benar dalam ingatan dia, pandangan dia dan assumption dia dengan ikhlas dan jujur. Aku sedikit terkilan dengan pihak pendakwaan yang mewakili kita semua agak pasif. Hanya membiarkan soalan-soalan merapu dan merepek yang tiada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung tanpa apa-apa bantahan.

Syukur kepada Allah, adik Yasmin sangat kuat dan tidak break (koyak) walaupun diasak dengan soalan-soalan personal attack dan negative remarks kepadanya. Selain menggunakan nada-nada troll.

Adik Yasmin ialah lambang anak muda yang berani tampil ke depan membela nasib adik Bella. Duduk di dalam kamar saksi, dihujat oleh hampir 10 orang peguam OKT.

Betapa ramai saksi-saksi yang tahu hal ini tidak mahu ke depan menjadi saksi? Berapa ramai juga yang masuk ke kamar tidak boleh bercakap.

Doakan adik Yasmin kuat dan tabah menghadapi kebejatan dunia tipu-tipu yang dia telah lalui dan sedang lalui.

ps : Gopren aku sangat comel tadi!

😜

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.