MARHAEN DIDENDA, KAYANGAN DIJAGA..

M

Begitulah KEADILAN yang dicanang dan dipekik di negara Islam Malaysia. Kononnya Islam adil dengan 1 set undang-undang.

Baik dari mereka yang berlebai dan berniqab, baik juga dari mereka yang kononnya jadi penguasa untuk membela rakyat.

Menteri agama telah melanggar SOP tahun lalu, apa jadi? Senyap sunyi. Selebriti-selebriti dan orang ternama melanggar SOP, apa update?

Semalam, aku telah mendengar ayat bongkak dari seorang rakan, ayatnya berbunyi,

“Siapa suruh miskin, kalau miskin, ikutlah undang-undang..”

Bila dengar kalam zalim sebegitu, patutlah aku lihat dia bermati-matian mempertahankan selebriti sorang tu sambil menganjing marhaen.

Begitulah dunia hari ini. Kisah di bawah ini bukan untuk aku kata pakcik itu tak salah, dia salah jika dia bersalah, tapi apabila melihat kaum kayangan dilepaskan. Amat wajarlah masyarakat bersuara.

Semoga Allah permudahkan urusan pakcik itu dan melaknat mereka yang tidak adil dalam menjalankan keadilan dan mendukung kezaliman yang berlaku.

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.