MAT JARGON – TIMBALAN MENTERI YANG PERGI PASAR MALAM DENGAN BASIKAL BERHARGA RM50K!

M

Semalam, aku share balik pasal politikus-politikus muda seperti Rara dan Saddiq enjoy dengan basikal-basikal berharga berpuluh ribu hasil menjadi politikus. Kalau mereka tak jadi politkus, aku tak rasa dia berani atau mampu beli basikal yang berharga puluhan ribu.

Ramai yang mengharapkan aku komen pasal Saddiq cadang untuk mencukai retailer/trader saham. Takkanlah korang tak boleh expect apa yang keluar dari mulut Saddiq, apa yang dia tau sangat pasal saham. Setan manalah yang cerita dekat dia yang orang untung main saham sehari RM3K, RM10k. Saddiq yang bendul ni percaya je. Yang sebetulnya, sifu ajar saham yang kaya raya. Yang kaya sebab trade saham secara konsisten, aku belum jumpa lagi. Kalau korang kenal kasitau aku siapa gerangannya.

Anyway, kalau katalah memang untung sebab main saham pun, retailer/trader tetap tak wajar dicukai. Apa punya mentaliti nak peras rakyat marhaen. Patutnya kasilah cadangan yang lebih matang seperti seruan kepada kerajaan untuk pelaburan dan perniagaan yang lebih menguntungkan ke, new insentif untuk StartUp investment ke. Tutup LHDN ke? Tapi, apa kau expect kan. Saddiq kot. Dia sendiri pun dengan cukup confident masukkan duit “derma” dalam ASB dia je. Tegak je, terus masuk dari account bank sendiri. Jumpa cash dekat rumah RM200k, kejap kata duit dia, kejap kata duit parti. Itu yang senang sangat SPRM charge.

So, jangan tanya aku kenapa aku tak join MUDA walaupun ramai kawan-kawan aku join. Jawapannya adalah, aku tak boleh terima pemimpin aku kurang cerdik. Insult intelligence kalau aku biarkan diri aku dipimpin oleh budak tak cerdik dan belum matang. Kalau nak aku join, Saddiq kena duduk bawah aku lah. So, baiklah aku tak join. Aku buka parti sendiri nanti, namanya MATANG atau MATURE, bukan MILF.

Sebenarnya, aku nak cerita sikit pasal Mat Jargon ni. Sebab beberapa hari lalu kawan-kawan aku kata dia sudah masyuk. Korang kenal tak siapa Mat Jargon ni? Alah, yang dulu sikit-sikit al-Attas, macam takda Quran dan sunnah dalam istidlal dan reference dia. Tak kenal? Takpa. Next, alah yang jadi pegawai khas Saddiq tu, kemudian dia potong Saddiq last corner Sheraton Move. Ingat? Ni ha, yang buat fiqh tabaiyun tu. Kemudian esoknya dilantik jadi timbalan menteri KBS. Lagi, yang pernah cadang print duit banyak-banyak kasi kat rakyat tu. Macam duit pokok pisang zaman perang Jepun. Yang ni mesti ramai tau, yang ada video nak minta surat sokongan PM untuk Armada Bersatu tu.

Ha, ingat pun!

Siapa tau sebelum dia jadi pegawai khas Saddiq dia kerja apa? Berapa gaji dia? Adakah dia CEO di public listed company? GLC? Usahawan berjaya? Pakar IT? Pakar ekonomi? Jaguh sukan? Jutawan? Tak silap aku, dia ni hanya kerja sebagai fellow di sebuah universiti sahaja. Paling tinggi berapa gaji fellow ni? Tak lepas RM10,000 kan?

Masa jadi pegawai khas Saddiq, berapa gaji? Tangga gaji berapa? 48? 52? Pun tak kaya mana lah kan. Itu sebab masa Saddiq pakai Pinarello, aku tak nampk pun Mat Jargon pakai Pinarello juga. Yelah, Saddiq gaji dah puluhan ribu. Kau pegawai khas, hanya biasa-biasa. Jadi budak Saddiq je. Takkan kau nak lawan taukey kau kan?

TAPI..

Sesudah dilantik menjadi timbalan menteri, terus dia mampu beli Pinarello Dogma! Menurut Warren Buffet Subang Jaya, Zaiful Zamri, Dogma milik Mat Jargon dianggar berharga lebih kurang RM70k disebabkan groupset yang dia pakai pun berharga RM20k! Dogma biasa RM50K + group set mahal dia RM20K, jadilah RM70K anggarannya. Kaya tak? Mesti beli cash kan? Takkan beli pakai Ahlong atau pinjam koperasi! IDestinasi pun tak lepas kasi finance kat politikus.

Power tak? Tak sampai 2 tahun dah boleh spend puluhan ribu hanya untuk basikal!

Korang? Tengah makan apa tu?Di saat nasib rakyat marhaen yang sedang nasib hidup segan mati tak mahu. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup disebabkan kegagalan kerajaan PH dan PN, ditambah dengan pandemik Covid-19, Mat Jargon boleh enjoy beli basikal berharga puluhan ribu. Jauh lagi mahal dari Axia Kompang aku. Adakah ini manusia yang faham denyut nadi rakyat marhaen? Nasib anak muda? B40 dan M40? Inikah peminpun muda yang mahu bersusah bersenang bersama rakyat marhaen macam kita?

Cilaka punya politikus muda! Sudahlah hanya senator yang dilantik. Tengah masyarakat sedang susah, nak makan pun ada yang ken angkat bendera putih, dia boleh tayang basikal berharga puluhan ribu dia dekat IG. Kayuh basikal puluhan ribu dengan baju sendat dan seluar ketat ke pasar malam dan program-program politik dia. Ohya, basikal dia yang lama Colnago tu pun, rasanya adalah harga dalam RM18K dan Trek tu dalam RM25K. Kaya tak dia? Korang semua mampu? Bertahub korang dah kerja?

Terus kaya lepas jadi timbalan menteri! Terus mampu beli basikal kayangan! Merata dia meronda dengan basikal kayangan dia tu dengan baju dan seluar ketat, bersama team media dia. Dahlah aku tengok dia ni try hard sangat nak tunjuk dia buat kerja. Dalam masa yang sama, nafsu liar dan buas nak tunjuk kaya dan kemewahan, memiliki barangan kayangan jelas menunjukkan dia tidak cakna dengan keadaan kita.

Itulah yang aku selalu tertanya-tanya,
“Siapa Mat Jargon ni kalau tak masukpolitik? Tak buat fiqh tabaiyun?”
“Adakah dia mampu atau sanggup beli basikal berharga puluhan ribu?”

Mungkin dia hanya main FB, tak mampu main basikal kayangan. Berangan nak jadi rausyanfikir jela barangkali.

Kan?
Dasar jargon!

ps : Kalau basikal pinjam, itu rasuah dari pemberi pinjam! Kejap nak lawan Titiwangsa, kejap nak lawan Bagai Serai. Gelong betul!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.