MELABUR DALAM PRE-IPO – SEJAUH MANA KEBENARANNYA?

M

Kisahnya begini, ada beberapa pihak tanya aku tentang pelaburan menggunakan nama pre-IPO, kononnya kalau kita invest sekarang, nanti masa IPO boleh dapat berlipat kali ganda. Mereka menjual harapan dan janji-janji manis. Kononnya boleh sampai ke 10x sampai 4000x jika berjaya ke IPO! JIKA berjaya tau!

Apa itu IPO?
IPO adalah initial public offering. IPO adalah proses menjadikan sesuatu syarikat itu menjadi syarikat awam. Setelah sesuatu syarikat itu menjadi syarikat awam, saham syarikat akan didagangkan dan diapungkan di exchange, kalau di Malaysia, ia di Bursa Malaysia.

Apa itu pre-IPO?
Pre-IPO sebenarnya proses roadshow beberapa bulan sebelum IPO. Pre-IPO dibenarkan oleh SC setelah mendapat pre-aproval daripada SC. Ya, SC akan mengeluarkan surat kebenaran untuk raise fund sambil menyempurnakan perkara-perkara yang perlu diselesaikan seperti yang diarahkan SC sebelum tiba masa untuk IPO.

Syarat untuk buat IPO
Di Malaysia, syarat standard adalah syarikat yang mahu ke IPO mesti telah buat untung untuk beberapa tahun mengikut syarat SC dan syarikat tersebut mestilah significant untuk scalable. Adalah lagi syarat-syarat lain. Memang untuk ke bukan main market tak diletakkan syarat wajib untung, tapi mereka (SC) tetap lihat. Pada aku 2 perkara itu penting.

Aku cuma nak bincangkan pasal untung. Kenapa syarikat kena untung? Yelah, kau nak collect duit awam, kalau kau business pun sontot, macam mana nak bagi profit dekat pelabur. Itu sebab logiknya dan syarikat yang dibenarkan ke IPO adalah syarikat yang buat profit. Unless diorang nak goreng share, manipulate market. Korang nak invest ke dekat company rugi?

Salah faham tentang pre-IPO…
Yang biasa digoreng oleh para scammer adalah menggunakan terma pre-IPO untuk menjual harapan. Walhal mereka bukan syarikat yang mendapat keizinan untuk buat pre-IPO roadshow. Yang mereka guna adalah sebuah instrument investment yang dipanggil UPC (unlisted public company) yang menggunakan kaedah IM (Information Memorandum).

Apa itu UPC dan IM?
UPC adalah syarikat berhad yang tidak disenaraikan di dalam pasaran saham. Syarikat ini dibenarkan membuka ruang kepada pemegang saham melebihi 50 orang. SC membenarkan UPC untuk membuka ruang pelaburan dan fund raising melalui IM. IM adalah seakan propectus bersama perjanjian dengan pelabur atau pemegang saham. SC hanya membenarkan IM kepada sophisticated investor sahaja dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM250,000. Biasanya UPC-IM menjanjikan pulangan keuntungan dalam pelaburan ini.

UPC bukan pre-IPO!
UPC hanyalah sebuah syarikat berhad yang boleh digunakan sebagai instrument untuk raise fund dan buat IM. Hanya syarikat yang telah dapat pre-approval untuk IPO sahaja layak dan sesuai digelar pre-IPO.

SCAM pre-IPO
Berapa banyak scam yang telah dibuat atas nama pre-IPO kononnya syarikat tersebut akan ke IPO. Walhal sebenarnya pemiliknya menggunakan UPC collect duit pelabur untuk raise fund menurut direction pemilik UPC tersebut. Mereka tiada surat pre-approval untuk buat pre-IPO private placement.

Janji-janji manis dengan kisah Alibaba, Google, Facebook akan dikompang, tetapi kalau takeover company tak bayar habis, ugut dengan LOD dan saman. Jual director seat RM1 juta dalam company rugi dengan harapan dan janji-janji manis.

Yang pasti tokey dia hidup mewah dengan duit korang, tunjuk kaya sana sini attract orang letak duit dengan dia. Naik private jet bagai. Bukan buat business betul-betul pun. Aku dah dengar macam-macam cerita.

Jangan kena SCAM! Bagaimana?
Selepas kau dah ada knowledge,
#SCRUTdulu!

1. Minta surat pre-approval IPO daripada SC jika mereka telah mendapat kelulusan.
2. Semak silang dengan pihak SC untuk mengesahkan apa-apa dokumen mereka.
3. SCRUT syarikat-syarikat yang kononnya nak ke IPO tu, check untung ke rugi.
4. SCRUT syarikat-syarikat yang kononnya akan diconsolidate nanti. Untung ke rugi.
5. SCRUT kepalanya juga dengan pihak SC.

*Korang boleh SCRUT di SSM syarikat-syarikat yang diorang sebut atau di Interepo (www.interepo.com).

Kalau diorang claim nak masuk IPO dekat luar negara, bukan Malaysia, lagi kau kena hati-hati. Sangat berhati-hati!

Kalau kau dah terletak duit, tapi kau rasa dah kena scam dan diperdaya, terus buat laporan SC dan laporan polis. Bagitau yang kau telah ditipu dan diperdaya. Kalau kau hati berani, kau viralkan je.

Sekian sahaja input pagi ini!

ps : Google, Ali Baba, Facebook dan lain-lain, diorang ada product yang power, ada business model yang sangat scalable, the face of the company yang run the business. Bukan diorang ronda-ronda beli share pakai duit orang dan janji bulan bintang. People come to them to invest. Beza tau!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.