RENDANG TERSEDAP DI DUNIA!

R

Rendang IFMAL by Chef Kak Ros ni memang dah sedap. Tapi bagaimana aku menjadikannya tersedap di dunia?

Begini ceritanya. Aku ni kalau makan nasi lemak, aku mesti kena berlauk. Kalau takda sambal kerang atau sotong, aku memang cari rendang.

Aku pun godek-godek, jumpa rendang ayam dara yang korang dapatkan di https://ifmal.com/…/rendang-ayam-dara-chef-ros-500g-v/….

Ayam dara ni ayam yang disembelih sebelum sempan mengawan. Masih suci, mulus dan halus. Untuk orang yang suka lembut-lembut, rendang ni memang terbaik!

Buka-buka ada heat pad. Kalau travel, takda dapur, korang boleh letak pack rendang tu dengan air, baling sekali heat pad tu. Nanti air akan jadi panas, rendang akan di warm kan.

Ini step seterusnya nak jadikan rendang yang dah sedap jadi tersedap di dunia. Aku ambil susu Susu Devondale Malaysia aku tuang dalam periuk yang tengah panaskan rendang tu.

Kacau-kacau sampai kuah jadi likat dan nampak macam creamy. Kemudian kau angkat, dan hidangkan dengan nasi lemak yang aku reheat dalam microvave.

Aku panggil jiran lagi 3 orang. Kami makan berempat. Terangkat beb! Kau tak percaya kau try. Rasa creamy tu yang sedap bak hang. Biasa pagi-pagi kalau aku cari rendang, biasanya ada berita gembira.

Lepas ni korang jangan komen or pm tanya mana dapatkan rendang tu tuan? Mana nak beli bang? Macam mana bro buat?

Aku suruh korang buat paper July karang nanti!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.