MEMINTA-MINTA DERMA INI ADALAH KANSER DAN CANDU YANG DIHARAMKAN ISLAM!

M

Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ
Maksudnya: “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).” (Riwayat al-Nasaei no. 2597)

Kalau yang sihat haram terima, apa pula meminta-minta?

Hadis lain menyebutkan,
مَنْ سَأَلَ اَلنَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا, فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا, فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang meminta harta kepada manusia untuk memperkayakan dirinya, maka bererti hanya meminta bara api neraka. Oleh sebab itu, terserahlah kepadanya untuk meminta sedikit atau meminta banyak.” (Riwayat Muslim no. 1041)

Maksud “meminta harta kepada manusia” di sini ialah seseorang yang meminta bagi tujuan mengumpulkan harta dan kekayaan dirinya tanpa sebarang keperluan kepadanya. (Lihat Fath al-Mun‘in, 4/395)

Imam Nawawi menaqalkan kata-kata Qadi ‘Iyadh bahawa yang dimaksudkan dengan “meminta bara api” adalah diazabkan dengan api neraka. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 7/130)

Hadis lain menyebutkan, Rasulullah SAW bersabda,
“Seseorang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain sehingga dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak ada sepotong daging pun di wajahnya.” (HR. Bukhari no. 1474, dan Muslim no. 1040 ).

Bangun dan bekerja itu yang Nabi SAW suruh!

Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
لأَنْ يَغْدُوَ أَحَدُكُمْ فَيَحْطِبَ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَتَصَدَّقَ بِهِ وَيَسْتَغْنِيَ بِهِ مِنَ النَّاسِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ رَجُلاً أَعْطَاهُ أَوْ مَنَعَهُ ذَلِكَ فَإِنَّ الْيَدَ الْعُلْيَا أَفْضَلُ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
Maksudnya: “Salah seorang daripada kamu yang keluar pada waktu pagi lalu memikul kayu di atas belakangnya untuk dijual, lalu dia mengeluarkan sedekah sebahagian daripada jualan kayu dan dengan (baki wang) itu dapat mencukupkan dirinya sehingga dia tidak perlu meminta kepada orang lain, adalah lebih baik baginya daripada meminta kepada seseorang (yang tidak pasti) diberi ataupun ditolak. Demikian itu, tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Mulai dengan orang-orang yang ada dalam tanggunganmu.” (Riwayat Muslim no. 1042)

Semoga Allah selamatkan kita daripada mengemis untuk hidup dan menjadi kaya. Tapi mengemis cinta takpa, macam aku. Aku pengemis cinta!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.