MENDALAMI POLA DAN SPEKTRUM PEMIKIRAN RAKYAT..

M

Apabila aku mengkritik. Aku bukanlah berminat nak mengkritik tuan empunya badan. Aku sebenarnya nak mendidik masyarakat supaya tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan iaitu PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT (PPR).

Selain politikus, kapitalis jahat juga antara mereka yang terjebak dengan PPR. Bagaimana kapitalis ini buat PPR? Dia akan cipta sebuah spektrum positif yang baik-baik dan indah-indah tentang dirinya untuk tujuan marketing.

Bukan integriti, kualiti dan kapabiliti produknya. Dia marketkan kehidupan dan kebaikannya, bukan produknya. Sedangkan dia mahu menjual produknya.

Kalau benar-benar dia mahu marketkan produk, sudah tentu diangkat dan dilambung tentang produk. Dengan research paper, journal, lab report, clinical trial etc. Bukan lifestyle kau. Kau nak jual produk ke jual lifestyle?

Rakyat telah dibodohkan dengan racial card, positive card dan strawman card untuk menceritakan tentang kebenaran.

1. “Ni Melayu nak jatuhkan Melayu!”

2. “Dia banyak tolong orang..”

3. “Kau dengkilah tu..”

Sampai ada yang sanggup berbohong dengan melelong nama doktor pakar. Rujuk screenshot di bawah.

“Why majority doktor pakar kulit, suggest product Ainaa ye??”

Ini adalah kemungkaran dan penipuan yang terlalu dahsyat untuk dunia sains dan perubatan menerima dakwaan tersebut. Bahkan, sekilas ikan di air, sudah tahu ia “dajjal” kecil yang sedang berdusta dan mengajak masyarakat menjadi sesat masuk ke dalam PPR.

Dunia ini bukan sentiasa hitam dan putih. Kadang-kadang ia seindah pelangi. Bahkan fatamorgana juga dilihat cantik walaupun kita tahu ia telah menipu kita.

Maka, hanya dengan ILMU yang akan menjadi pasak hati, jiwa, akal, dan prinsip untuk menongkah PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT!

Itulah yang aku cuba kempen dan sampaikan. Prinsip SCRUT aku terapkan..

SCRUT for the TRUTH!
Get SCRUT before YOU get SCREWED!

Katakan tidak kepada PROJEK PEMBODOHAN RAKYAT!

Tak kira ia datangnya dari politikus, mahupun kapitalis bangang!

#HEILB40
#HEILM40
#HeilB40M40
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.