MENGGUNAKAN BAHASA PENUH!

M

Dulu, sesiapa yang aku ajar menulis. Aku akan suruh dan pastikan dia tulis bahasa penuh. Cuma mazhab aku di media sosial adalah bahasa bercakap. Maka, adalah campuran Bahasa Melayu dengan bahasa lain yang biasa kita gunakan.

Cumanya aku tak pakai kata ringkas (shortform) macam budak-budak wechat. Kerana apa? Kerana aku sakit mata baca tulisan tak penuh. Sebagai contoh taknak dia tulis “xnak”, takkan dia tulis “xkan”. Aku sangat tertekan (stress) membaca tulisan yang tidak penuh. Tulisan tiada perenggan pun buat aku sakit mata.

Tetapi, sahabat aku Muhamad Harris Nasril mengajak aku menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu penuh. Sebenarnya aku tiada masalah pun. Cuma aku terpaksa menukar mazhab penulisan di media sosial sahaja.

Selama ini pun, tulisan aku agak penuh dan menggunakan Bahasa Melayu penuh yang standard. Cuma aku campur perkataan bahasa lain yang sudah menjadi kebiasaan orang yang bertutur Bahasa Melayu menggunakannya.

Sebagai contoh, kata-kata pujian yang lebih santai seperti “steady”, “real” dan “hot”. Kalau menggunakan Bahasa Melayu , steady akan jadi mantap. Tetapi maksud sebenar yang kita cuba sampaikan adalah bukan mantap.

Begitu juga real dan hot. Baru “real” kau lompat macam tu. “Hot” siot awek tu. Tidak boleh digunakan panas atau seksi. Apa kata ganti yang sesuai? Manakala siot pula bahasa selanga dalam Bahasa Melayu.

Mungkin kita boleh cari kata ganti Bahasa Melayu penuh. Tapi berkemungkinan, maksud yang kita nak sampaikan sebenarnya tidak dicapai. Pandangan aku, bahasa hanyalah medium untuk manusia memahami dengan kata dan suara. Tidaklah begitu rigid.

Itulah sebabnya bahasa boleh berasimilasi. Bahasa sangat dinamik dan boleh berubah-ubah. Bahasa Melayu sangat dinamik kerana tulisannya menggunakan huruf roman dan arab jawi. Tidak seperti tulisan Bahasa Cina, Jepun dan Korea yang menggunakan logogram (bentuk) sebagai perkataan.

Payahlah sikit nak berasimilasi. Contoh, computer dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu jadi komputer. Bahasa Cina jadi 电脑 (dian nao) yang bermaksud otak elektrik.

Tapi, aku menyambut baik saranan tersebut. Barulah bahasa jiwa bangsa.

Tak gitu?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.