Menjawab kedangkalan hujah : Kenapa Harapan Coin tu boleh dikatakan satu scam ?

M

“White paper dia kalau korang baca mengarut dah macam pamplet politik . Takde satu pon dia explain apa asset yang back coin ni or business module dia . Semua cerita politik .”

Sebelum itu, tahukah beliau yang Harapan Coin itu sudah lama wujud sebelum pru14 lagi bagi memungut dana pru14 melalui jalan decentralize? Sudah pasti ia tiada apa-apa bisnes atau aset backed kerana tujuannya hanya untuk fund pilihan raya. Rasanya beliau harus lebih teliti untuk mengkaji dan membaca. Nampak macam lebih kepada membuat kesimpulan awal yang kurang bijak. (Rujuk sini juga : https://www.facebook.com/183270098960382/posts/291075471513177/)

“Dia cakap soon coin ni boleh digunakan untuk urusan rasmi . Kononnya lepas kerajaan jadi bersih , orang lagi ramai akan berurusan dengan kerajaan . Bila coin ni boleh dijadikan option untuk urusan rasmi , demand dia naik thus harga dia naik . Pelabur untung . Syok betul korang mengencing orang . BNM dah keluarkan statement Crypto tidak akan dan tidak boleh dijadikan legal tender . “

Ini lagi 1 kesalahan yang fatal. Di dalam white paper harapan tidak pernah mengata ia sebuah pelaburan yang menjanjikan keuntungan. (rujuk : https://harapancoin.com/assets/HarapanCoinWhitepaperV1.pdf) Bahkan YB Khalid Samad berulangkali mengata ianya hanya platform mengumpul dana pru14. Bahkan sehingga hari ini, Harapan Coin masih tidak diletakkan di exchange. Boleh rujuk teks ucapan beliau di majlis perasmian Seminar Blockchain Kebangsaan https://www.facebook.com/183270098960382/posts/290409928246398/ .

Tentang kenyataan YB Khalid Samad mengatakan tentang matawang kripto boleh digunakan oleh kerajaan adalah jika kerajaan adapt dan iktiraf matawang kripto. Boleh rujuk full transkrip press conference di sini, https://www.facebook.com/369831263411157/posts/659074877820126/ juga untuk bacaan tambahan, https://www.facebook.com/369831263411157/posts/659076884486592/. Sebab itu tuhan dalam quran sebut “tabayyun” atau dalam qiraat lain disebut “tatsabbut”. Sempena hari Jumaat ni, gua kasi dalil siap.

‎أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[al-Hujurât/49:6].

“*Sesuatu matawang tidak naik harga disebabkan benda yang dicakap tu .”

Dan 1 kesalahan besar menganggap matawang kripto = matawang sama macam menganggap anjing laut = anjing atau kuda laut = kuda. Dalam seminar blockchain kebangsaan tempoh hari, difinisi tentang matawang kripto ahli ekomoni, ahli undang-undang dan ahli syariah juga berbeza. Rasanya beliau harus duduk belajar dulu sebelum komen. Yang jelas, kenyataan YB Khalid Samad menjelaskan hakikat dunia kripto saja. Untuk pengetahuan beliau, negara finance yang hebat seperti Swiss juga telah lama menjadikan Zug sebagai crypro valley yang mana pembayaran termasuk cukai diterima dalam bentuk matawang kripto.

“BNM dah keluarkan statement Crypto tidak akan dan tidak boleh dijadikan legal tender . “

Ini juga suatu pembohongan dan misleading statement. Ya benar, BNM tidak mengiktiraf matawang kripto sebagai legal tender, tetapi mereka masih menjalankan kajian. Untuk pengetahuan, Japan mengiktiraf Bitcoin sebagai legal tender. Dalam masa yang sama BNM telah membenarkan exchange berdaftar dengan mereka as “reporting body”. Mungkin kerana saudara orang saham, saudara tertinggal bas jauh sangat. Negara sudah ke arah positif tentang hal ini.

“Parti Amanah yang buat . Ingat sumbu jimat minyak ? Itu parti amanah juga yang buat . “

Ini hujah yang sangat cliche. Bukan level gua untuk komen.

“Aku seriously hope regulator akan tolak idea bodoh ni . U try to imagine negara kita ada 2 official currency . Bayangkan apa yang jadi pada ringgit . “

Sudah banyak negara mula mengkaji untuk mewujudkan “national coin” masing-masing. Sudah pasti ia lebih baik kerana kerajaan sendiri yang akan mengawalnya kerana dunia kripto ini tidak boleh disekat. Ia bukan isu 2 currency, ia isu macam mana kerajaan deal dengan dunia decentralize.

Kata ramai ulama’ termasuk Socrates, “manusia takut kepada perkara yang dia tidak ketahui.” Jelas beliau sangat takut kepada perkara yang beliau gagal faham dengan baik.

“Venezuela dulu ada juga nak buat tapi dia nak sandarkan pada minyak . End up xjadi juga .”

Ini juga suatu kenyataan yang misleading, Venezuela telah berjaya melancarkan Petro. Tidak jadi, itu pandangan beliau. Rujuk sini https://www.ccn.com/venezuela-to-present-petro-crypto-to-o…/.

Sebenarnya beliau ini orang yang gua sentiasa follow posting-posting beliau. Boleh lihat bintang ada di posting beliau. Tetapi untuk kali ini, beliau sudah terkeluar dari landasan ilmu beliau dan nampak beliau tidak faham atau gagal faham isu tetang matawang kripto. Hujah beliau untuk mengatakan kenapa Harapan Coin adalah scam sangatlah lemah.

Gua nasihatkan beliau cerita pasal saham saja sudah kerana itu memang kepakaran beliau, tak perlu sibuk nak komen pasal dunia kripto jika ilmu masih tiada. Jika beliau mahu berdebat dengan gua tentang isu dalam dunia kripto..

I am always ready! Just set the date and time..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.