MESIN KUDA TELAH DIRAMPAS?!

M

Beberapa bulan lalu, aku melihat anak muda yang berniaga di trafik light menjual jeruk ditahan. Mungkin atas alasan mengganggu lalu lintas. Aku tak dapat menerima kejadian tersebut sehingga ia membuatkan aku sebak bila mencerita hal tersebut.

Hari ini tersebar pula operasi “balas dendam” merampas “mesin-mesin judi rakyat marhaen”. Sebelum ini tersebar berita warong-warong marhaen dirobohkan. Beberapa bulan lalu, pakcik jual jagung disentap bakulnya. Habis berterabur jagung-jagung dia di atas jalan.

Celakalah mereka para politikus yang menindas rakyat dengan polisi-polisi kerajaan yang zalim sedang mereka duduk di atas kerusi empuk dengan hasil dari jerih rakyat.

Celakalah mereka yang menjadi talibarut penguasa yang merampas hak marhaen untuk hidup dan berniaga dengan alasan kami hanya menjalankan tugas walhal mereka mengejar KPI, walhal budi bicara sebagai insan masih boleh digunakan.

Celakalah mereka yang diberi kuasa menyalah gunakan kuasa untuk membalas dendam terhadap rakyat marhaen kerana ego dan dendam.

Alangkah lucunya negeri ini! Mesin judi akhirnya dirampas.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.