MILIK SIAPAKAH RK DELIMA RESOURCES?

M

Kalau korang perasanlah, page Si Rashid (Fazrysham) banyak kali juga bila minta derma, dia akan letak no account RK Delima Resources. Kenapa bukan account NGO Komuniti Harmoni Kita (KHK).

Projek van jenazah, projek bekas tentera – Firdaus, projek bantuan Puan Rohana, dan lain-lain. Kalau korang google no account tersebut, korang akan jumpa benda yang sama.

Cumanya, siapakah pemilik RK Delima Resources? Aku cuma nak ingatkan, sesiapa sahaja yang mempromosi di atas entiti A, tetapi ke bank-in ke entiti B. Sila letak red alert cepat-cepat!

Yang lebih menarik, mangsa scam itik juga diarahkan memasukkan duit ke account Delima Resources. Kenapa bukan account Fazrysham terus? Itu pun korang tak rasa pelik ke?

Jadi, aku pun SCRUTlah RK Delima Resources tu dengan Interepo (www.interepo.com). Aku mendapati ia milik Jalilah Nurulwahidah binti Jalarludin.

Siapakah partner in-crime yang bernama Jalilah ini? Adakah proxy Fazrysham? Partner? Gopren? kambing hitam, atau isteri? Melalui SCRUT ANALytica, Jalilah ini seorang guru!

Kalau dilihat deskripsi nature of business RK Delima Resources, ia tertulis kedai gunting rambut, pembekal alat ganti kenderaan, dan kedai haiwan peliharaan. Macam sangat kena dengan bas barber, repair dan jual van jenazah, dan meeting projek itik diadakan di tempat hotel kucing katanya. Kan?

Yang lebih menarik, di dalam rekod ROS, nama Jalilah ini ialah timbalan pengerusi NGO KHK. Wow! Memang betul-betul kartel ni.

Menurut seorang mangsa projek restoran ikan patin di Temerloh, dia telah transfer sejumlah wang RM5,000 ke account Jalilah, bukan Fazrysham. Dia mengatakan itu akaun isteri Fazrysham. Adakah benar?

Adakah Jalilah benar-benar partner in-crime Fazrysham? Apa pandangan korang? Kenapa Fazrysham tidak mahu pakai account KHK? Account dia sendiri? Apa modus operandi dia? Siapakah Jalilah sebenarnya.

Korang view satu persatu, setiap gambar-gambar di bawah.

Yang benar,
Aliff Ahmad
Gang Axia Kompang

#ItikSontot

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.