Usul pertama adalah :
Untuk ustaz, ulama’, agamawan, lebai, psuedo-ustaz dan poser-ustaz.
Asal kesemua di atas tidak boleh dipercayai, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.
Jika masih tidak dibuktikan, tawaqquf dulu atau tinggalkan sahaja mereka. Mereka semua hanya penjual dan penunggang agama demi kesenangan hidup mereka.
—-
Melihat iklan jualan ini yang ditunjukkan seseorang. Aku terus tertanya-tanya..
1. Adakah lebai ini senang bangun subuh setelah formula supplement ini ditemui? Sebelum itu, dia tak solat subuh di masjid? Di mana azan diazankan? Takbiratul ula?
2. Adakah lebai ini menjadi pandai setelah supplement ke-2 itu tercipta. Apa new finding dia dah buat? Dia jadi inventor? Innovator? Solve unsolved math? Buat high impact research? PhD? Menang Nobel Prize?
3. Adakah lebai ini seorang huffaz yang menghafal seluruh al-Quran setelah menjumpai memory booster? Hafal hadis? Hafal segala matan. Hafal sifir sampai 999999?
—-
Sorrylah. Memang minda aku berfikir sebegini. Ada sesiapa boleh jawab persoalan ini?