MISTERI SYED AZMI, RUMAH BONDA DAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN RUMAH BONDA KL

M

“SIAPA BAYAR FI PEGUAM RUMAH BONDA?”

Syed Azmi ialah penasihat Rumah Bonda seperti yang dia selalu tulis dalam tulisan-tulisannya ketika mempromosi Rumah Bonda dan rakan karibnya Siti Bainun.

Cuma Syed Azmi tak pernah cerita yang dia juga timbalan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda KL (PKRBKL) seperti yang telah dibongkarkan oleh SCRUT. Rujuk : https://blog.scrut.my/syed-azmi-berdusta-syed-azmi-ialah…/

Peguam Asiah Jalil memberitahu yang Rumah Bonda dan PKRBKL adalah 2 entiti yang berbeza. Jadi Syed Azmi tidak berdusta. Benarkah? Tapi tak peliklah, dia peguam kepada PKRBKL kan. A dog never bites the hand that feeds him kan?

Dalam masa yang sama, Peguam Asiah Jalil juga admit yang Rumah Bonda milik PKRBKL. Jadi sudah jelas Syed Azmi ada direct interest dengan Rumah Bonda jika nak diconsider Rumah Bonda sebagai entiti lain.

Ibarat kata Abang Mat Sabu,
“Syed Azmi sebagai AJK tertinggi PKRBKL, melantik Syed Azmi menjadi penasihat Rumah Bonda. Syed Azmi yang menjadi penasihat Rumah Bonda, menaikkan sahabatnya Siti Bainun sebagai pengasas Rumah Bonda yang juga ialah AJk tertinggi PKRBKL!”

Sesiapa nak consider Rumah Bonda sebagai entiti berbeza, silakan. Aku rasa macam bangang je nak membezakannya. Orang bodoh je nak bezakan untuk “save ass” individu tertentu.

Pada aku Rumah Bonda hanyalah BRANDING atau product kepada PKRBKL. Macam icecream Magnum. Ia hanya product kepada Wall’s. Macam juga jenama Instagram, ia hanya brand name dan ia milik Facebook Inc. Lebih-lebih lagi bila orang yang sama dan pengurusan yang sama menjaganya. Siti Baitun pengerusi PKRBKL dan pengasas Rumah Bonda, Syed Azmi timbalan pengerusi PKRBKL dan penasihat Rumah Bonda. Apa beza?

Hal ini sangat jelas, kerana jika dirujuk kepada segala dokumen Rumah Bonda ia akan berbalik kepada PKRBKL.
1. Yang melantik Peguam Asiah Jalil ialah PKRBKL, bukan Rumah Bonda.
2. Bila kutip derma pakai no account PKRBKL, bukan no account Rumah Bonda.
3. Aku pasti pendaftaran dengan JKM pun menggunakan PKRBKL.
4. Cuma yang bayar fi peguam Asiah Jalil, aku taktau siapa. Sepatutnya yang melantiklah bayar. Jadi PKRBKL lah.

Jadi, korang-korang yang pernah menderma kepada Rumah Bonda @ PKRBKL tu boleh tanyalah. Bayar fi peguam tu pakai duit siapa? Duit Rumah Bonda atau duit PKRBKL. Adakah duit derma korang diizinkan untuk hire lawyer? Siti Bainun ambil gaji ke as founder Rumah Bonda dari PKRBKL? Syed Azmi ambil elaun ke as penasihat Rumah Bonda? Koranglah kena tanya dan minta segala pembuktian.

Kan aku pernah tanya, Siti Bainun tu kerja apa? Business apa? Dia kerja apa untuk menjaga anak-anak angkat yang ramai. Dia business apa sampai kaya boleh hadiahkan kereta dekat seseorang. Syed Azmi lepas berhenti jadi farmasis, dia kerja apa? Apa punca pendapatan dia? Kalau dia ada business, apa business dia?

Yelah, NGO-NGO ni semua internal audit je. Diorang pun nampak tak berani nak declare openly income tru documentation. Sembang tulis dalam Facebook je berani. Bank statement, invoive, do, receipt payment yang dibuat. Mana ada diorang tunjuk. Macam aku pernah cerita, cara buat duit dengan NGO. Rujuk : https://aliph.my/teknik-teknik-buat-duit-dengan-ngo…/

Jadi, sekali lagi aku nak bertanya adakah Rumah Bonda dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda KL berlainan entiti? Pada aku tidak. Kerana Rumah Bonda tiada apa-apa ID yang membezakan ia dan PKRBKL.

Ibarat seorang isteri yang memaki seorang lebai di Facebook. Ketika dia maki lebai itu, dia kata dia sebagai ibu memaki ayah kepada anaknya. Ketika dia bersama dengan suaminya sambil meminta elaun RM5000 sebulan, dia adalah isteri kepada lebai itu. Dia tetap orang yang sama kan? Begitulah..

Korang faham tak? Berbelitkan? Kaki beli je suka belit-belit fakta. Tapi kalau korang nak faham, korang cuba maki suami/isteri korang di Facebook. Kau buat je cerita diorang dera anak kau. Mesti ramai si bodoh yang simpati dan cuba faham.

Kan?

😜

Rujukan :
1. Dokumen PKRBKL.
2. Dokumen dan pengakuan peguam dilantik PKRBKL.
3. Lampiran Syed Azmi minta sedekah bagi pihak Rumah Bonda, bank in ke PKRBKL.
4. Belitan yang dilantik PKRBKL.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.