MOVE ON! NIKAH LAGI!

M

Aku tak kenal mamat ni siapa, dia ada dalam senarai friendlist aku. So, pasti dia yang add aku. Sebab aku jarang-jarang add orang tak kenal. Aku tahu dia kematian isteri. Takziah buat dia.

Tapi aku dah terbaca banyak kali dia asyik cerita pasal kehilangan isteri dan tag account arwah isteri dia. Aku tumpang sedih dan simpati. Aku faham kehilangan itu perit.

So, hari ini aku nasihatkan dia supaya move on dan nikah lagi. Apa masalah dengan nasihat aku. Dia nak meroyan bersama rakan-rakan dia. Adakah wajib kita berkabung setelah kematian isteri?

Jangan risau, aku dah hadap benda lagi perit dari kematian isteri. Move on. Aku tak pernah cerita dan berduka lara di media sosial. Hanya teman-teman rapat saja tahu.

Kalau aku cerita, mungkin mengalir berjurai air mata korang. Aku rasa 1 penghinaan bagi aku meraih simpati dan sokongan dengan kisah duka dan lara peribadi sendiri.

Siapa tak boleh terima nasihat aku. Takpalah, tapi aku nak ulang nasihat aku, kalau korang kematian isteri, move on dan nikah lagi. Gantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Aku teguh dengan prinsip dan nasihat ini. So, aku unfriend saja orang sebegini kerana menghina akal dengan emosi. Biarlah dia hanyut dengan kisah duka dan laranya dengan teman-teman sefikrah dengannya.

Untuk jawapan mak ayah tak ajar, mak ayah aku ajar supaya mengadu hanya kepada Allah, mereka ajar untuk move on. Sembunyikan kesedihan dan cari kebahagiaan baru.

šŸ˜‰

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.