MUBAHALAH DAN DOA LAKNAT.

M

Dalam video ini Najib Razak telah melakukan mubahalah dan juga mendoakan para pemfitnahnya dilaknat.

1. Sumpah Najib sah.

2. Doa Najib sah.

3. Sumpah Najib tiada merit dalam undang-undang, tetapi mungkin ada merit untuk para penyokongnya.

4. Mubahalah adalah perkara yang diajar al-Quran. Bukan seperti li’an yang khas untuk suami isteri dalam tuduhan zina, bukan juga hanya untuk hal akidah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

5. Doa laknat terhadap orang lain agak keras dan melampau, ia tidak dianjurkan dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

وَمَنْ لَعَنَ مُؤْمِنًا فَهُوَ كَقَتْلِهِ وَمَنْ قَذَفَ مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka ia seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh mukmin telah kafir maka ia seperti membunuhnya.” (HR. Bukhari)

6. Sama ada sumpah Najib ini sumpah munafik atau sumpah mukmin, bukan kerja kita nak ukur atau membedah hati manusia. Islam mengajar kita menghukum yang zahir.

7. Jika sumpah dia benar, segala kebaikan buat dia. Siap sedia untuk mereka yang memfitnah dia. Jika dia berbohong, kepada Allah dia memohon laknat, Allah itu Mutakabbir dan seksaannya sangat berat.

8. Jadi, aku bersama Lim Kit Siang, meminta Najib Razak, melakukan sumpah yang sama terhadap kes 1MDB dan SRC.

9. Mubahalah pernah dilakukan oleh para ulama’ even dalam masalah furu’. Ia menunjukkan integriti dan keyakinan mereka terhadap kebenaran yang mereka pegang.

10. Apa pun pandangan terhadap mubahalah atau sumpah laknat, itu pilihan Najib Razak.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.