Dia idola aku!

D

Semalam sahabat aku Nik Izwan Kamel cerita pasal ejen takaful dia yang cilake. Biarkan claim dia tergantung sampai setahun. Aku pun bagitaulah,

“Tulah kau, kau tak buat dengan Fdaus Ahmad!”

Siapa dia Fdaus Ahmad ni?

Kau tengok gambar bawah tu apa kau akan nampak? Itu baru moto dia, belum kau tengok Vellfire baru dia, rim 20’ dengan seat special tailored dari kulit lembu Wagyu kot, warna merah, warna kegemarannya.

Kalau kau nampak Mini Cooper S Turbo baru yang berdesup dengan kelajuan di atas 250kmh dari Tanjung Malim tu, dia lah tu. Dia bermastautin di Tanjung Malim, bermukim di KL. Pejabat di KL, rumah agam di Tanjung Malim. Tinggal di Tanjung Malim kerana nak dekat dengan ibu ayah dia. Anak soleh ni!

Masa dia share location rumah dia di Tanjung Malim tu, ada roundabout siot rumah dia dalam Google map. Punya besar! Yang menariknya dia berjiran dengan Tun M tau. Sebelah rumah dia tu rumah Tun. Sebab itu kalau kau perasan dia suka pertahankan kerajaan dewasa ini. Jiran Tun M kan.

Yang lebih membuatkan aku terduduk kagum pula adalah bila kawan-kawan cerita pasal value company 20 juta, ada simpanan 1 juta, dapat job sana, job sini, projek sana sini, dengan slumber dia kasitau dia kena bayar income tax sebanyak 100k tahun ni. Kau boleh kiralah income dia berapa setiap bulan kan?

Punya steady dia ni kan? Apa dia buat?

Dia ni dulu kerja Petronas. Sanggup resign untuk buat Takaful. Kau kenal Takafulman? Dia lah tu! Dia ialah Takafulman lagenda dalam sejarah.

Kenapa? Sebab dia satu-satunya ejen yang tak pernah buka booth! Merayau merata-rata mencari client. Dia hanya menulis sahaja di Facebook. Hebat tak? Dengan ketajaman jari dia, tulisan dia pasal SCRUT dulu pun viral sampai masuk ke whatsapp group ap-ap holder!

Tapi itu belum cukup untuk buat aku mengidolakannya..

Hanya kerana satu kejadian sahaja, menyebabkan aku terus beranggapan dia ni memang satu-satunya lagenda Takaful aku patut aku angkat colok.

Aku pernah tanya,

“Hang seminggu kerja berapa hari?”

Dia jawab,

“Seminggu sekali ja..”

Aku tanya,

“Habis tu apa hang buat lagi 6 hari?”

Dengan senyuman raganya,

“Lepak dengan anak-anak, jalan-jalan dan khatamkan Netflix..”

Terus aku berkata dalam hati, dia ni bukan sekadar ada duit , masa pun dia ada. Tahun ini sahaja entah berapa kali dia berjalan ke oversea.

Kalau kau orang nak cari ejen Takaful paling sempoi, bertanggungjawab dan berintegriti, hubungi dia. Cuma 1 perkara je aku jem sikit dengan dia. Duit punya banyak, bila aku tanya berapa gadis dia selamatkan?

Jawabnya, seorang sahaja!

Teringat aku, dia nak beli Bitcoin pun dia kena tanya bini.

Haih..

Dia idola aku, mana ada manusia sempurna kan? Idola kau siapa? Boleh lawan idola aku?!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.