VC UMT diarah bercuti?

V

VC UMT ni kawan baik aku punya makcik. Yang aku tau dia ni takda hanky panky lah. Dia pun kalau melalui perkenalan selama ni, individu yang tidak favor DS Najib Razak pun.

Bila terbaca news ni, aku macam pelik orang baik macam dia pun diarahkan cuti. Orang yang tak sokong Najib pun ditendang. Siapa yang arahkan dia cuti?

Kalau dia tak boleh membantah isu gabung Unisza dengan UMT, siapa yang boleh bantah? Kena taat sahaja? Yang aku tau hampir seluruh pentadbiran UMT tidak bersetuju. Siapa nak kan? Elok-elok kau jadi TNC, tiba-tiba kau turun jadi dekan je nanti mungkin.

Perangai zaman Umno telah bermula. Tapi aku suka jika ia untuk kebaikan. Kalau kata si menteri lebai tu yang suruh, nampak dia sudah faham bagaimana nak buat perubahan. Sebagaimana arahan re-tender semua projek KPM. Baru betul punya reform!

Cumanya menteri lebai ni masih takut dengan timbalannya. Biasalah, Melayu berani dengan Melayu je. Anyway, aku tetap happy jika itu arahan dia. Baru menteri nampak ada taring. Nanti duit dah banyak, tolong bayarlah janji tol tu.

Aku sokong menteri lebai jika ia arahan dia, aku juga bersimpati kepada VC UMT.

“Aunty, if you really keen to retaliate, I would like to hear public statement from you.”

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.