Rasanya ramai yang tahu dakwah awal Nabi sallallahu alaihi wa sallam telah ditolak di Mekah, kemudian Nabi ke Thaif. Nabi ialah sebaik-baik makhluk, paling berhikmah dalam dakwah dan sunnahnya itu relevan sepanjang zaman.
Malangnya dakwah Nabi tidak diterima, ditolak, dimaki, dihina dan dicerca, bahkan dibaling batu sehingga mengalir darah Nabi yang mulia. Zaid bin Haritsah yang menemani Nabi turut terluka kerana melindungi Nabi.
Setelah mereka keluar dari Thaif berehat dan merawat, Nabi tak complain dekat Zaid, tapi tak main smoke bomb, tetapi Nabi bermunajat dan mengadu kepada Allah, maka datang Jibril dan malaikan penjaga gunung.
Jibril bertanya kepada sang Nabi, “Apakah engkau mahu aku timpakan dua gunung kepada mereka (masyarakat Thaif)? Kalau itu kau inginkan maka akan aku lakukan.”
Namun, Rasul tidak menghendakinya. Bahkan dia mengharapkan Allah akan menciptakan generasi bertakwa yang lahir dari tulang rusuk masyarakat di sana.
(HR Bukhari dan Muslim)
Kata Nabi, “mungkin saya yang lemah, tidak pandai, tutur caraku tidak baik, sebab itu dakwahku ditolak. Semoga Allah melahirkan generasi bertaqwa dari keturunan mereka.”
Lihat, betapa Nabi mengawal keadaan dengan baik. Tidak mahu masyarakat yang menghalangnya dimusnahkan, bahkan Zaid juga tidak jadi marah. Takda di kalangan kaum muslimin yang marah kepada orang Thaif.
Kenapa?
Sebab Nabi tak main smoke bomb. Cerita Nabi tak buat orang orang lain marah. Nabi tak berasa sayu dan menceritakan kesayuannya. Nabi optimis dan positif. Nabi tak mengadu kepada makhluk atau media massa, Nabi mengadu kepada Allah tuhan yang memegang hati-hati manusia.
Itulah beza dakwah Nabi dan dakwah selebriti.