Pandangan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar tentang CFD.

P

Untuk pengetahuan, Dr. Daud Bakar ini penasihat syariah untuk BNM dan SC. Kalau dalam dunia kewangan Islam, dia sangat popular. Beliau anggap pioneer dalam dunia kewangan Islam Malaysia.

Beliau juga terkenal dengan pandangan yang agak lenient dalam fiqh muamalat sehingga beberapa tokoh besar mengatakan beliau ialah “Ibnu Hibban” dalam fiqh.

Ibnu Hibban ialah ulama’ hadis yang menulis Sahih Ibnu Hibban, juga seorang ahli jarh wa ta’dil. Pandangan Ibnu Hibban selalunya agak lembut dan ringan terhadap perawi hadis menjadikan beliau tidak seirama dengan imam-imam hadis yang lain. Beliau banyak memuji dari mengkritik.

Tetapi, apabila Ibnu Hibban mengkritik. Makanya darjat kritikan itu sangat tinggi. Orang yang sentisa lunak mengkritik kata no, atau mengkritik tajam pada sesuatu isu. Macam orang baik yang tak biasa mengata orang, tiba-tiba mengata orang. Pasti ada sesuatu yang jelas di matanya.

Begitulah juga Dr. Duad Bakar, guru dan sahabat kami, seorang ulama’ kewangan Islam yang memiliki pandangan yang sangat moderate, ada sahabat-sahabat yang kata pandangan yang agak liberal sedikit. Aku juga sangat cenderung dengan pandangan pandangan-pandangan Dr. Daud Bakar.

Tetapi, untuk hal CFD, apabila “Ibnu Hibban” sudah berkata TIDAK PATUH SYARIAH. Cukuplah ia dimuktamadkan!

Rujuk : https://youtu.be/ga07cylqVm4

Tak hensem takpa, asal patuh syariah!

#HEILB40!

—-

Aliff Ahmad
Hensem & Patuh Syariah!
Aum!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.