PANDANGAN HAKIM PENCEN..

P

Semalam aku pergi rumah seorang member, anak mantan hakim federal court.

Tengah-tengah menyembang, bapa dia datang, aku pun,

“Eh, Datuk.. Tun.. Uncle, sihat.. ?”

Dia macam biasa soalan sama bila jumpa aku,
“Apa macam? Apa bikin? Adelaide ok? Bila nak bagi I girlfriend Aussie?”

Dah alang-alang orang tua tu datang, aku tanyalah dia pasal pandangan kesalahan yang tak perlu mohon maaf.

Kau tahu apa dia jawab?
“Sebab boleh dik..”

Kah kah kah..

Taklah, dia kata camni, apabila hakim-hakim rasa defendant itu tak bersalah, tapi team pembelaan yang tak perform, hakim-hakim terpaksa bagi something kepada plaintif.

Hakim-hakim takkan suruh minta maaf. Ini biasalah. Bukan benda baru. Terutama hal yang melibatkan kepentingan awam, we never open the flood gate.

Sama macam apabila hakim-hakim rasa plaintif betul, tapi plaintif punya peguam yang tak perform, gagal nak buktikan defendant salah. Kami akan suruh plaintif bayar cost yang rendah saja kepada defendant.

“Kalau tak puas hati, buat rayuan lah..”

Aku jawab,
“Diorang buat rayuan, tapi hakim federal court taknak layan..”

Dia jawab,
“Ha, betul la tu. Kalau I pun tak layan. So, faham-faham sendirilah..”

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.