PARTI ORANG MUDA (POM)

P

Syarat untuk jadi calon POM adalah mesti bersetuju :

1. Jika jadi menteri, gaji menteri, segala elaun dan insentif akan ditolak sebanyak 90% dan dimasukkan ke dalam tabung waqaf POM untuk diagihkan semula kepada rakyat marhaen melalui skim-skim progresif rakyat.

Rasionalnya :

a. Jadi politikus bukan untuk jadi kaya.
b. Jadi menteri adalah menjadi pejuang. Rakyat tak cukup makan, kau juga wajib kurang makan.
c. Dah banyak insentif benefit menteri dapat.
d. Menteri harus merasai denyut nadi rakyat.
e. PM kau nanti sekupang pun dia takkan ambil.

2. Kereta rasmi menteri adalah Perodua Alza atau sebangsa dengan dia. Kalau kau memang dah kaya sebelum jadi menteri, kau boleh pakai kereta kau sendiri, claim minyak je.

Rasionalnya :

a. Jimat wang rakyat, minyak, size luas.
b. Kau dah ada escourt, ada driver.
c. Sebelum kau jadi politkus, entah kau makan pun tak cukup. Jangan lupa diri.
d. Sekali dengan pegawai khas or s/u kau boleh pikul dalam Alza.
e. Kau nak selesa, nak sedap, beli kereta pakai duit sendiri.

Perjuangan orang muda adalah susah sama-sama, senang sama-sama. Yang tua bahagia, yang muda gembira. Rakyat selesa, kerajaan sentosa.

Siapa bantah?!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.