PEGUAM SITI BAINUN PAKAI DATO SCAM?

P

!Mula-mula dulu Kaklong kami, Puan Mona Din kasitau yang peguam Siti Bainun yang lelaki itu ialah seorang dato. Aku pun membayangkan gaya dan rupanya seperti Dato’ Baljit dan lain-lain peguam yang berstatus dato’ lah.

Sekali lepas jumpa, gaya pun macam Snoop Dogg je, terus aku balik buka Istiadat. Check nama Farhan Maaruf tak jumpa. Aku dah pernah kasitau dah dulu. Tapi baru-baru ini tular surat dia kepada AG menggunakan title dato. Dalam Twitter pun dia macam nak kata dia dato. So, fine-lah.

Aku pun check la lagi sekali, mana tau dah update ke. Pun takda. Sah dia ni kelentong je. Senang cerita lah, mana-mana individu yang mengaku dato, tapi nama takda dalam sistem, korang anggap jela dia dato scam. Cumanya kali ini aku ada semangat sikit untuk buat laporan polis. Bukan berkokok kosong je. Akh tunaikan tanggungjawab aku.

Walaupun hakikatnya pihak AG yang patut report sebab diorang mangsa, aku saksi. Dan aku takda apa-apa kerugian. Ya, model siasatan pihak polis adalah seperti itu. Kena ada kerugian, siapa yang rugi kena report. Tapi takpa, mana tau AG nak guna report aku untuk charge pengguna gelaran palsu tu.

Aku dah jalankan tanggungjawab aku, kalau korang pun rasa tertipu dengan peguam Siti Bainun yang seorang ni. Korang buat juga report. Aku tak boleh lupa macam mana dia ni dalam court, terjerit-jerit dekat Kakanda aku, Mommy Zue. Kemudian dia buat laporan dekat gopren baru aku, DPP sorang tu.

So, aku nak korang aware yang Dato’ dia pakai ini tidak sah. Budak UIA kena aware ni. Dari tahun 2020 dia dah perdayakan korang. Kan? Memang pelik-pelik betul perangai peguam-peguam utama Siti Bainun ni kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.