PEMIMPIN TERLALU MUDA – SUDUT PANDANG NEGATIF PULA..

P

Mungkin ramai yang telah menulis dan memberi justifikasi tentang kebaikan dan kelebihan pemimpin muda dalam politik. Antaranya adalah suara orang muda akan diangkat di peringkat pembuat dasar.

Jadi aku memilih untuk memberi komentar tentang sudut negatif pemimpin politik yang terlalu muda bagi mengimbangi pandangan positif. Bukan kerana aku tak setuju, tetapi aku mahu neraca yang lebih telus untuk diberi pertimbangan.

Aku telah melihat kegagalan Syed Saddiq, dan Young Syefura (Rara) sebagai pemimpin muda dalam politik. Prabakaran lagilah kau tak payah cerita kan? Baru-baru ini Syed Saddiq memekak pasal isu katak politik, walhal dia mengalu-alukan Tok Pa dan Mas Emeryati melompat dari Umno ke Bersatu! Rara ni aku abaikan jela. Dia hanya budak bekam yang taktau mende. DAP angkat untuk menjadi wakil Melayu dalam DAP saja. Dia ada rupa dan pakai tudung, good Malay image for DAP.

Aku tak nampak apa-apa yang Syed Saddiq bawa untuk orang muda melainkan mengangkat kawan-kawan dia dalam beberapa board (gomen, glc dan agensi), dan bermain PS di pejabat menteri. Selain itu, dia yang makin kaya sampai hilang cash RM200,000 dalam rumah, masuk ASB beratus ribu, baru-baru ini VCL 1 “diberi” kepada seorang amoi. So, nampak tak, Syed Saddiq walaupun muda, dia tetap bersikap dan berperangai seperti politikus tua yang lapar. Bezanya dia masih ada perangai budak-budak.

Jadi apa anak muda telah dapat keuntungan? Yang jelas, ia telah menunjukkan betapa ketidakMATANGan Syed Saddiq dan naifnya dia dalam membuat keputusan. Hal ini pasti disebabkan kurangnya pengalaman hidup. Sekurang-kurangnya Saddiq sudah tamat belajar. Lebih merisaukan mereka yang masih mendapat elaun mak ayah atau PTPTN pula yang nak jadi pemimpin politik.

Aku tak boleh bayangkan bagaimana seorang pemimpin politik yang tidak pernah bekerja mahu mewakili kaum pekerja. Apa yang dia tahu, faham dan pernah rasai tentang untung nasib menjadi pekerja sedang dia sendiri pakaian dan makan minum masih meminta duit mak ayah atau berharapkan pinjaman pelajaran? Berapa majikan dia pernah kerja? Merasa gaji minimum? Melalui politik kerja? Strive bekerja memerah otak dan kudrat? Bukan sekadar membebel dan bercakap macam orang politik. Bercakap ni, YB Beliau pun pandai.

Aku percaya dia takkan mampu juga memahami denyut nadi rakyat marhaen peniaga sme, b40,m40 dan startup, betapa kerasnya dunia usahawan dan perniagaan. Ketiadaan pengalaman menjaga dan membela para pekerja, melalui hari-hari sukar dalam perniagaan. Bagaimana mungkin seorang anak muda yang tidak pernah menjalankan perniagaan secara serius mampu menjiwai rakyat marhaen yang berniaga? Aku sangat sangsi.

Dengan terlalu muda, amat mustahillah dia punya mengalaman sebagai rakyat marhaen yang pernah melalui detik-detik sukar dalam hidup melayan autoriti dan pihak berkuasa. Jika berniaga, melayan autoriti seperti majlis PBT, KKM, KPNHEP, SSM, LHDN dan lain-lain. Melalui episod di hospital, epf, socso, pejabat tanah dan banyak lagi. Melalui dunia birokrasi dan penindasan terhadap rakyat marhaen dalam hidup. Tanpa pengalaman dilalui sendiri, agak janggal dia boleh faham kehidupan hidup rakyat marhaen seharian.

Jika dia menang, terus mendapat elaun/gaji yang melampaui gaji minimum rakyat marhaen. Mendapat privilage itu dan ini, diberi priority, fast track dan macam-macam lagi. Sentiasa diiring dan punya pembantu. Sudah pasti dia takkan melalui pengalaman ngeri dan gila menjalani hidup sebagai rakyat marhaen. Cukai pun tak pernah bayar, bagaimana mungkin dia ada perasaan pembaziran dan kebejatan melihat ia disakau habis. Ohya, dia sendiri pun mendapat laba yang besar dan banyak selepas jadi politikus. Gaji diorang yang besar tu pun hasil sakau tax payer la tu!

Tanpa pengalaman hidup, bekerja dan berniaga yang benar. Sudah pastilah dia akan bergantung kepada maklumat yang disampaikan oleh orang sekeliling. Dia akan ditipu, ditunggang dan mudah dipengaruhi. Sudah pasti ayah, ibu, abang dan akak paling mudah mempengaruhinya kerana faktor selama ni dah banyak makan duit mereka. Senior dalam parti politik lagilah dia tak boleh nak lawan kerana mereka yang memberi laluan dan peluang.

Tanpa pengalaman sendiri atau tidak pernah melalui sendiri pasti menjadikan dia terlalu idealistik dan tidak faham realiti. Maka segala idea dan cadangannya akan dilihat hangat-hangat tahi ayam dan dangkal. Lebih-lebih lagi mendapat tempat di atas dalam masyarakat dan dibayar gaji yang melebihi rakan-rakan seusianya pasti membuatkan dirinya terkejut dan culture shock. Yelah, di saat rakan-rakan seusianya makan pun tak cukup, dia sentiasa dihidang makan percuma dengan elaun t20. Betul tak?

Jadi aku nampak banyak kekurangan pemimpin terlalu muda ini yang akhirnya dilihat dia sangat mentah dan naif di mata mereka yang jauh lebih berpengalaman. Aku lebih suka pemimpin yang pernah bekerja, berniaga dan berjaya. Telah melalui fasa hidup belajar, berkuli, berkeluarga, strive, struggle dan akhirnya dah steady, barulah dia masuk politik. Bukan masuk politik dalam keadaan lapar atau taktau apa.

Aku percaya usia sekitar 40 tahun adalah usia terbaik menjadi pemimpin politik. Sudah pasti lebih kurang 20 tahun hidup menjadikan dia sudah agak matang. Pengalaman yang dilalui dalam hidup pasti lebih berasas dan rasional. Ohya, Allah sendiri melantik Nabi Muhammad SAW menjadi rasul pun pada usia baginda 40 tahun dan diberi kuasa perintahan setelah 13 tahun menjadi rasul. Aku nampak umur 40 adalah sangat significant.

Dalam fiqh siyasah Islam juga menggariskan 2 ciri utama pemimpin yang perlu ada. Qawiy (kuat) dan amanah (berintegriti). Aku melihat qawiy adalah pengalaman hidup yang luas, akal yang sihat dan waras, kesediaan minda dan poket, jiwa yang benar-benar merdeka dan hati yang benar-benar kental. Aku percaya ia boleh dibina melalui tempoh masa latihan atau kehidupan yang significant. Aku percaya usia 40 tahun yang dipilih tuhan untuk mengangkat manusia paling sempurna itu ada sesuatu yang kita boleh fikirkan. Allah sebagai tuhan dan pencipta manusia, pasti tahu tentang kita lebih dari kita kan?

Usia 40 tidak terlalu muda, ia tidaklah terlalu tua. Jarak dengan orang muda tidak berapa jauh, jarak dengan yang tua (average) pun sedang-sedang. Lebih kurang 20 tahun pernah strive dalam hidup selepas dilepaskan ayah dan ibu, pada aku sudah cukup. Jika dia punya pengalaman yang lebih dahsyat menjadi marhaen, seperti pengalaman naik turun court, reputasi melawan kezaliman dan membela nasib insan lemah, ia adalah bonus untuk dia menjadi seorang pemimpin yang memahami jiwa rakyat marhaen. Usia 40 kebiasaannya masih sihat secara fitrahnya, life begin at 40 kan?

Apa pun, ini negara demokrasi, semuanya pilihan anda untuk memilih. Jika aku diberi pilihan, aku tidak akan mengundi calon yang terlalu muda untuk menjadi pemimpin kawasan aku. Unless aku kenal, dia boleh dengar dan hadam pengalaman hidup aku which aku rasa tak logik dia mampu. Cantik, hot dan muda itu tak boleh beli aku. Unless untuk buat calon bini baru, teman jogging, kayuh gerek atau teman duet karaoke nyanyi lagu R Azmi boleh la kot.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.