Semalam, aku menimba ilmu dengan seseorang. Dia charted accountant, mantan CFO di beberapa public listed company, pernah list company, jadi advisor dan director in few GLC. Umurnya sudah hampir 60 tahun.
Untuk ilmu, pagi-pagi aku dah tunggu dia di kedai mamak. Aku sampai sebelum waktu yang dijanjikan. Kerana aku yang nak jumpa dia. Aku kena hormat masa dia. Aku tunggu. Banyak kali aku try nak jumpa dia, banyak saja aral melintang patah.
Kenapa aku pilih dia? Kerana dia ada karaktor fighter. Walaupun dalam beberapa hal, kami berbeza pandangan. Fighter ni, biasanya kalau melawan, dia akan study, akan cari, akan gali fakta dan data. So, itu sebab aku suka opinion daripada orang macam ni.
Dari pagi, sampai malam. Kami terus berbincang. Aku cuba habiskan soalan-soalan aku. Sambil-sambil selit-selitkan cerita suka duka aku dan perjuangan aku. Dia pun dah mula membuka cerita-cerita personal dia.
Mula di kedai mamak, solat Jumaat, kemudian ke restoran makan tengah hari, solat Asar, sambung kopi dan lepas maghrib aku minta diri walaupun dia ajak dinner sekali. Walaupun pertama kali jumpa, aku diajak ke rumah. Nampak macam dia terima aku dan appreciate aku nak menuntut ilmu dia.
Siapa dia? Malas aku cerita! Korang tunggulah nanti..
Yang pasti, aku sangat appreciate hari semalam. Itu yang aku nak kasitau, pengalaman adalah ilmu. Mungkin ada benda yang aku ada dia takda, tapi dia ada pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia business! Dia sangat tekankan beberapa perkara yang dia pernah buat silap. Aku ni baru setahun jagung..