KALAU NABI SAW IKUT KANAN, IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH IKUT KIRI, IMAM AS-SYAFIE SURUH IKUT NABI SAW.

K

Berkata Imam Muhammad bin Idris as-Syafie:
إذَا صَحَّ الْحَدِيثُ فَهُوَ مَذْهَبِي وَاتْرُكُوا قَوْلِي الْمُخَالِفَ لَهُ
Jika sahih sesuatu hadis itu, maka itulah mazhabku maka hendaklah kamu meninggalkan pendapatku yang bertentangan dengan hadith.

Rujuk al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab (6/370), Tuhfah al-Muhtaj (1/54) & Mughni al-Muhtaj (1/110)

Berkata Imam as-Syafie lagi:
عَلَيْكُمْ بِأَصْحَابِ الحَدِيْثِ فَإِنَّهُمْ أَكْثَرُ النَّاسِ صَوَابًا
Hendaklah kamu berpegang kepada para ahli hadis kerana mereka ialah orang yang paling dekat dengan kebenaran.

Rujuk Tabaqat al-Syafieyyin oleh Imam Ibn Kathir, & Siyar A`lam al-Nubala’ oleh Imam al-Dhahabi (10/70)

Ketika Imam as-Syafie menggantikan kerusi Imam Malik rahimahullah. Tak pernah Imam as-Syafie kasitau anak-anak murid Imam Malik, bila terdengar hadis sahih ikut kanan, tetapi Imam Malik ikut kiri, maka ikut Imam Malik. Sebab Imam Malik lebih faham hadis.

Tidak pernah. Bahkan Imam as-Syafie mengkritik beberapa pandangan gurunya, Imam Malik ketika di Mesir. Hal ini menyebabkan sedikit kekecohan di Mesir. Itu hal yang boleh dikira khilaf. Tetapi itu pun Imam as-Syafie kritik.

Ini pula amalan pelik dan tidak pernah diajar dan ditunjuk Nabi dan para sahabat, amalan mandi safar yang khurafat, tilik zodiak, dan meruntuhkan ilmu hadis dengan dakwaan hadis Nabi hanya sangkaan. Rasanya Imam as-Syafie akan berdiam diri kalau wujud di zamannya?

Imam as-Syafie bukan budak kelas corot, dia budak pintar, genius, top student Imam Malik dan para ulama’ Mekah, pakar bahasa dan juga seorang tabih (doktor) yang mahir ilmu perubatan. Mungkin itu sebab dia tak ambil pendirian taasub ikut gurunya.

Kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.