PERGI UMRAH ATAU BAYAR HUTANG?

P

Mari sama-sama kita analisis hukum asal pergi umrah dan membayar hutang melalui lunas-lunas syarak.
1. Hukum bayar hutang. – wajib.
2. Hukum pergi umrah. – sunat.

Jika mengikut aulawiyat (keutamaan) atau afdhaliyat (keafdhalan) adalah yang wajib didahulukan ke atas sunat.

Maka amat jelaslah hutang mesti dibayar dahulu sebelu pergi menunaikan umrah yang sunat. Lebih-lebih lagi, hutang yang bermula dengan diri sendiri mencari masalah.

Teringat aku dalam sebuah audio rakaman soal jawab seseorang kepada ulama’ besar Arab Saudi, Syaikh al-Utsaimin Rahimahullah.

“Saya berhutang kepada beberapa orang, apakah saya (dibolehkan) pergi ke Mekah (berumrah) untuk berpuasa di sana bersama anak-anak saya. Sementara untuk menyewa tempat penginapan, akan saya bahagi diantara saya dengan anak-anak saya?”

Syaikh al-Utsaimin menjawab dengan persoalan yang sangat tuntas,
“Saya akan bertanya satu pertanyaan, apakah sedekah lebih utama dibandingkan zakat wajib?”

Dijawabnya, zakat yang wajib diutamakan.

Syaikh al-Utsaimin bertanya lagi,
“Apakah tatowwu’ (sunnah yang sunat) lebih utama dibandingkan yang wajib?”

Dijawabnya, yang wajib diutamakan.

Syaikh berkata lagi,
“Apakah menurut logik, lebih baik memulakan yang wajib dahulu sebelum yang sunat atau sebaliknya?”

“Yang baik adalah memulakan yang wajib dahulu sebelum yang sunnat. Maka tidak dibolehkan seseorang pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah yang sunat sementara dia mempunyai hutang.”

“Hutang harus dia lunaskan. Sementara umrah sunat apakah wajib bagi dirinya?”

Dijawabnya tidak wajib.
“Bahkan, kewajipan haji pun gugur jika masih ada hutang!”

“Wahai saudaraku, agama bukan hanya sekadar perasaan. Kewajipan yang telah Allah wajibkan kepada para hamba berupa haji dan umrah bagi orang-orang yang mempunyai hutang akan gugur baginya. Dan bertemu dengan Tuhannya tanpa ada dosa.”

“Seseorang yang berhutang dan kerananya tidak menunaikan haji, dia tidak menunaikan kewajiban. Kami katakan, ungkapan ‘tidak menunaikan kewajipan’ adalah terkeliru, kenapa keliru? Kerana sehingga saat ini dia tidak memiliki kewajipan.”

“Kewajipan haji tidak dibebankan kepada seseorang melainkan orang tersebut telah terbebas dari hutang. Oleh kerana itu kami katakan kepada saudara ini,

“Ringankan diri anda, pegang harta anda dan simpan untuk melunaskan hutang anda. Janganlah anda seperti orang yang membangun satu istana dengan mengancurkan satu kota.”

Syaikh al-Utsaimun juga menegaskan, walaupun yang memberi hutang itu redha pemergiannya menunaikan umrah jika tetapi pemergiannya itu akan mengurangkan pendapatan atau potensi mendapat wang untuk membayar hutang, tetapi harus tinggal dan tidak menunaikan umrah.
(Al-Liqa As-Syahri, no. 33, soalan no. 4)

Maka, jelaslah perbuatan pergi menunaikan umrah dalam keadaan masih berhutang dan menzalimi orang lain adalah amalan yang tidak Islamik dan tidak menunjukkan contoh sebagai pejuang ummah walaupun disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Betul tak?

Apakah nilai umrah jika pergi dalam keadaan masih tergantung hutang dan kezaliman terhadap orang lain?

Tepuk dada, tanya lebai daiyus! Eh, tanya iman. Tapi kalau tanya penghina Nabi SAW pun dia setuju dengan aku. Sebab dia tak percaya amalan Nabi SAW, kenapa nak pergi umrah, baik pergi ke rumah pendera-pendera, pencuci-pencuci duit haram dan pembunuh-pembunuh baby, Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.