PERKESO ATAU PERKOSA?

P

Beberapa minggu lalu, seorang pekerja aku terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.

Beberapa tulang patah dan memerlukan pembedahan memasukkan besi. Hospital minta bayar RM2000 kos besi. Aku suruh dia call PERKESO dan submit segala surat dari hospital kerana dia pencarum PERKESO. Kan PERKESO kononnya pembela pekerja.

PERKESO balas, dia suruh pekerja aku bayar dulu sendiri, nanti claim. Pekerja aku ini bukanlah orang kaya manalah dia ada RM2000 untuk forward dulu kos beli besi itu. Bukan macam PERKESO yang konon pembela pekerja, mereka ada bangunan yang besar, pengarah-pengarah bergaji besar.

Duit banyak-banyak PERKESO collect dekat majikan tu aku taktau pergi mana selain aku nampak bangunan besar yang gah milik mereka. Bukankah kerja mereka membantu para pekerja yang terlibat dengan tragedi malang?

Menurut seorang lagi pekerja aku, dia pernah claim PERKESO, selepas 6 bulan baru dapat wang claimnya. 6 bulan? Bukan itu sahaja, pegawai-pegawai dan staff-staff PERKESO dikatakan sangat biadap, kurang ajar dan tidak mesra pencarum.

PERKESO lah yang menganiaya pekerja! Kalau pekerja takda duit? Pinjam ah long? Aku tak nampak apa peranan PERKESO selain berlagak konon membela kaum pekerja walhal PERKESO lah yang PERKOSA kaum pekerja!

Siapa sini pernah jadi mangsa PERKOSA PERKESO?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.