Beberapa hari lalu, ada kawan cerita pasal kekecewaannya ke Kampung Portugis Melaka. Dia kecewa kerana dia expect awek-awek di Kampung Portugis rupa macam fan-fan world cup dari Portugal.
Dia cakap, dia expect at least adalah rupa bini Critiano Ronaldo ke, atau yang rupa Salma Hayek kalau dah bercampur, atau paling buruk macam Eva Mendez. Sekali, bila sampai semua rupa macam Tony Fernandez.
Aku call la kawan-kawan dari Melaka, tanya betul ke. Kenapa macam tu. Ada beberapa jawapan yang aku nak senaraikan.
1. Portugis yang ke Malaysia ni, Portugis pelaut yang rentung kena panas.
2. Portugis yang stay dekat Malaysia ni sebenarnya African dari Portugal.
3. Portugis yang dekat Malaysia ni, dia kahwin dengan India, bukan Melayu.
4. Portugis yang datang ke Malaysia ni memang rupa macam Tony Fernandez.
—-
Siapa yang tahu jawapan sebenar. Tolong komen. Aku sendiri pun nak tau juga.