PRINSIP TETAP PRINSIP WALAUPUN TERPAKSA TAAT DAN BERLEPAS DIRI..

P

Para sahabat radiyallahu anhum telah menunjukkan bagaimana cara berlepas diri dalam politik. Dalam masa yang sama, memberi ketaatan. Walaupun, penguasa yang naik bukan daripada kalangan yang mereka harapkan.

Perang Siffin dan Perang Jamal

Majoriti para sahabat Nabi SAW yang masih hidup berlepas diri. Langsung tidak mengambil side mana-mana pun.

Fasa transisi Saiyidina Hassan bin Ali radiyallahu anhuma

Majoriti para sahabat Nabi SAW yang masih hidup bersama Hassan, tetapi apabila Hassan melepaskan jawatan, mereka taat kepada Muawiyah radiyallahu anhu tetapi tidak masuk ke dalam saf kepimpinan Muawiyah.

Ketika Yazid bin Muawiyah naik pula. Hussin bin Ali radiyallahu anhuma nak melawan. Para sahabat Nabi SAW yang faqih seperti Ibnu Umar menghalangnya. Sehinggalah Hussin terbunuh, majoriti para sahabat Nabi SAW tetap taat walaupun mereka berlepas diri dengan kepimpinan politik Yazid.

Mereka tidak masuk ke dalam pentadbiran, mereka tidak bersama dengan pemberontakan. Walaupun ada segelintir sahabat yang melawan. Kita tidak dengar nama Ibnu Abbas, Ibu Mas’ud, Ibnu Umar, Usamah bin Zaid, dan Anas bin Mallik radiyallahu anhum join mana-mana pihak.

Ya, memang ada sahabat Nabi SAW yang lantang mengkritik pemerintah seperi Abu Dzar al-Ghafari radiyallahu anhu. Itu tidak dinafikan. Tetapi, dia tetap berseorangan sahaja.

Jadi, bila orang tanya apa aku akan buat sekiranya aku di tempat Rafizi. Aku jawab, aku akan menyatakan ketaatan aku kepada Anwar Ibrahim kerana parti, tetapi aku juga akan menyatakan yang aku takkan bersama-sama dia dalam kabinet kerana prinsip.

Aku akan terus bangunkan Invoke supaya nilainya RM1billion sambil bermain-main dengan burung di atas bumbung. Aku juga akan sedekahkan segala gaji dan elaun MP aku kepada fakir miskin syiar kepada taubat dan membayar kaffarah dosa khianat dan menipu.

Begitulah kaedahnya..

Tapi kalau kau kebulur dan takda prinsip. Jadilah political animal, compromise everything termasuk prinsip dan sanggup jilat balik ludah just for the sake of power.

Apa yang penting, masyukkkkk..

Macam lebai-lebai PAS yang terlupa dan tak perasan perjuangan mereka yang selama ini menjadi prinsip atau dasar seperti hudud dan negara Islam, selain itu RUU355, kes Adib, isu Ltte dan lain-lain juga senyap semasa jadi kerajaan sekejap tempoh hari.

Kan?
Politikus tetap politikus.. #TaikPolitik tetap #TaikPolitik..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.