Rasanya sesiapa baca hantaran-hantaran aku pasti jelas yang aku hanya menyebut tentang keTIDAKADILan dan DOUBLE STANDARD dalam penguakuasaan undang-undang yang dinamakan ANTARA 2 DARJAT.
Aku memang komen apabila melihat mantan mufti ada dalam majlis. Kenapa? Sebab sebelum ini dia juga didapati melanggar SOP dan tidak diberitakan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Yang pasti tuhan telah menghantar virus Covid-19 kepada dia.
Perlanggaran SOP itu telah disahkan oleh pihak polis menurut laporan Buletin Utama dan siasatan sedang dibuat. Maka segala justifikasi defensif adalah sangat jijik dan dangkal seolah-seolah tidak peka dan cakna dengan suara marhaen.
Kenapa marhaen bersuara?
Pastilah kerana sebelum ini beberapa marhaen telah dikompaun dan didenda dek kerana perlanggaran SOP. Mereka hanya menuntut keadilan dan kesaksamaan.
Tidak perlu menghina akal dengan justifikasi dalam bulatan yang rapat-rapat itu hanya ahli keluarga. Marhaen tidak bodoh dan tidak boleh dibodohkan. Sangat jijik justifikasi sebegitu. Mana mungkin kesemua mereka datang dari 1 rumah yang sama kerana SOP terbaru begitulah bunyinya.
Orang tua-tua Uganda ada menyebut,
“You are trying hard sangat..”
Aku pasti dan pasti, tiada marhaen yang benci si pelaku atau hadirin. Mereka hanya mahu keadilan terhadap rakan marhaen mereka yang dikenakan tindakan dan mahu melihat juga kaum kayangan dikenakan tindakan juga jika benar keadilan itu wujud di bumi Malaysia.
Aku melihat mereka yang bermati-matian mempertahankan kaum kayangan sambil mengherdik kaum marhaen ini ada beberapa spisis sahaja. Mereka semua ini ada kepentingan dan ada interest. Mereka ini dalam golongan interest group.
1. Pentaksub kayangan in-denial.
2. Ahli keluarga.
3. Rakan kongsi niaga.
4. Lebai penjual agama masa kenduri.
Aku memuji menteri agama kita yang tidak memberi apa-apa justifikasi untuk membela kezaliman tersebut dengan jawapan,
“No komeng.”
Setel.
Aku tak faham kenapa ada di kalangan mereka yang hadir nak jadi defensif dan trying hard sangat untuk pertahan kesalahan yang jelas dengan justifikasi yang menghina akal. Tiada siapa yang mempertikai mereka atau menyalahkan mereka. Adakah benar peribahasa Uncle Sam,
“A dog never bites the hand that feeds you!”
Atau peribahasa Uganda yang bermaksud lebih kurang,
“Anjing akan menyalak mempertahankan orang yang bagi dia makan kenduri..”
Buat mereka yang perlu dimerdekakan dek kerana terhutang budi kerana dapat makan kenduri di hotel kayangan, yang nak dimerdekakan, boleh pm aku, aku boleh kasi kau duit untuk kau tebus diri kau..
Aku sangat faham betapa kecewanya marhaen yang mungkin sebelum ini didenda, kerugian disebabkan SOP Covid-19 dek kerana kenduri dibatalkan tapi dah bayar catering, sewa dewan. Ada juga yang kecewa kerana kenduri kendara mereka suram dek kerana SOP yang mengekang.
Aku faham. Sangat faham. Sebab aku juga seorang marhaen yang punya kawan-kawan dan saudara mara yang mengalami situasi yang sama. Ohya, adik aku juga berkahwin tahun ini. Memang suram dan muram dek kerana hadirin hanyalah beberapa kerat manusia sahaja.
Jika benar tiada kasta dan hanya 1 set undang-undang untuk semua, buktikan.
“Action speaks louder than words.”
Jika benar orang kayangan faham perasaan rakyat marhaen, berhentilah mengherdik marhaen seperti,
“Jeles la tu..”
“Kau tak dijemput, itu yang menyalak..”
“Jangan jadi mat tabloid..”
Kisah artis dan selebriti kan memang content tabloid. Kalau sesiapa yang komen dipanggil mat tabloid, yang berkawan dan bermuamalah dengan mereka pasti lebih dari itu barangkali? Kalau hina sangat tabloid tu, janganlah cari makan dengan content tabloid..
Sebenarnya, apa yang marhaen lakukan adalah PUBLIC PRESSURE.
1. Public pressure supaya keadilan kepada semua peringkat.
2. Public pressure supaya penguatkuasa bertindak adil.
3. Public pressure supaya kewujudan kasta dihapuskan.
Begitulah. Hidup ini kena walk the talk, kalau kita kata tidak berkasta, buktikan. Aku memang kekal dan cekal bersama marhaen. Aku faham denyut nadi mereka. Sebab aku bukan kaum kayangan.
Buat marhaen, B40 dan M40, aku faham korang, aku bersama korang. Apa yang korang dan aku buat adalah untuk memastikan keadilan terhadap kita juga terlaksana untuk hari ini dan masa akan datang. Isu sebenar bukan isu artis atau selebriti kayangan, isu sebenar adalah isu KEADILAN terhadap marhaen dan cara kita gunakan adalah..
PUBLIC PRESSURE!