Inilah masalah artis seorang ini. Dia datang dan pergi. Dia taktau banyak cerita sebenar, tapi sibuk nak jadi jurucakap, sibuk nak hantar memorandum, dia tak baca memorandum yang pernah dihantar sebelum-sebelum ini.
Ya, benar. Artis ini awal-awal dulu bersama kami dalam #JusticeForBella. Tetapi selepas itu dia ghaib. Mungkin sibuk hal lain. Kami takda masalah. Bukan kami tak ajak dia. Bukan kami tinggalkan dia.
Perjuangan kami ini tiada keahlian, tiada attendance. Siapa nak datang tolong, silakan. Siapa nak bercuti, silakan. Siapa nak berhenti, silakan. Siapa nak berpaling pun, silakan.
Masa hantar memorandum dulu pun dia tak datang. Itu sebab dia melalut cerita pasal mendapat perhatian IGP dan Mahkamah Agong Putrajaya.
Untuk pengetahuan semua, memorandum dulu tidak mendapat perhatian IGP dan Mahkamah Agong Putrajaya ini hanya wujud di Metaverse sahaja. Artis ini hanya muncul dan buat kecoh di kalangan aktivis-aktivis #JusticeForBella apabila TMJ memberikan perhatian kepada isu ini. Baguslah dia nak datang balik.
Cuma aku nak kasitau siap-siap, segala kenyataan yang dikeluarkan oleh artis tidak datang daripada aku dan Kak Mona. Jangan kaitkan kami dengan apa-apa kenyataan yang dia keluarkan.
Sebagai contoh, tengok posting di bawah ini. Aku berlepas diri daripada artis ini dalam #JusticeForBella. Aku takda kena mengena dengan segala kesalahan fakta dan kemerepekan yang dia telah dinyatakan dan akan dinyatakan.
Terserah dekat korang, nak percaya aku atau artis tersebut. Macam yang aku sebut, #JusticeForBella bukan milik aku, tiada keahlian, tiada kehadiran dan tiada pemilik. Ia milik semua pihak yang bersama-sama hendak menentang kebejatan ini.
Ini pendirian aku. Selepas ini, jangan kaitkan aku dengan artis ini lagi. Aku serahkan segala credit kepada dia.