Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa. Yang bagi rezeki Allah. Bukan kerja, bukan majikan. Ini prinsip yang sepatutnya kaum muslimin pegang dalam proses kehidupan bekerja.
Ya, aku faham lumrah jiwa pekerja ni memang akan mudah complacent dengan tempat yang mereka selesa. Walaupun gaji tak besar dan takda peluang naik pangkat.
Contohnya kerja secara kontrak di pejabat kerajaan. Sehingga ada yang rasa rezeki itu datang dari pejabat itu. Sehingga terlupa tuhan yang memberi rezeki.
Natijahnya, kontrak yang dia telah sign selama ini dia terlupa yang ia adalah kontrak yang apabila sampai masa, khidmat dan tenaganya sudah tidak diperlukan.
Dia terlupa rezeki Allah itu di mana-mana dan bumi Allah itu luas. Dia lupa yang di luar sana ada peluang dan ruang yang jauh lebih baik. Dia sangka tuhan dia hanya beri rezeki di satu tempat saja.
Zaman aku dulu, mungkin susah nak dapat kerja, kami sambar saja apa kerja yang ada. Ketika itu batch kami dididik untuk kumpul pengalaman dulu. Perform well, then kita akan ada value. Lompat jika majikan kita tak mampu counter offer.
Masa aku belajar dulu aku suka kerja dekat f&b. Kenapa? Sebab ada makan free. Kalau ada makanan tak habis, aku boleh bawa balik. Walaupun kerja berat sikit. Aku niat exersize jela. Tapi, kerja f&b ni bukan teruk macam menoreh atau buat bendang.
Hari ini industri f&b makin membesar. Sebenarnya banyak peluang pekerjaan. Asal rajin dan amanah pasti laku. Contohnya cafe-cafe moden hari ini. Gaji yang mereka tawarkan RM2,000 lebih. Aku rasa berbaloi dah.
Kalau kita jadi manager yang diberi amanah lebih, RM3,000 dah tak lari. Begitu juga retail industri. Tak susahlah nak break RM2,000 tu. Kau kerja baik-baik. Gain skill and experience and earn the trust. InsyaAllah ada tempat.
Di saat dunia ke arah automation. Tugas manusia kenalah significant. Kena belajar jadi seorang yang dipercayai, ringan tulang, tidak berkira. Jika ada sifat-sifat sebegitu, mana-mana pun orang nak.
Hari ini banyak majikan mengeluh tak dapat local talent dan orang local taknak kerja. Walhal vacancy bersepah-sepah terutama dalam retail dan f&b industry. Kenapa?
Dulu aku ingat sebab gaji rendah. Tapi bila tengok gaji pegawai sokongan kontrak LHDN pun lebih kurang RM2,000 je. Itu pun diorang mengamuk nak stay. Di luar sana gaji lagi besar. Maka, aku fahamlah apa sebenarnya yang mereka nak.
Pada aku hidup kena ada maruah, orang dah taknak. Kenapa kita nak terhegeh-hegeh. Kalau kita ada skill dan bagus, tempat lain pun kita laku, orang nak, dan orang sayang. Jangan memilih kerja.
Betul tak?
Ingat, rezeki daripada Allah tau. Tuhan suruh kita berusaha sehabis baik je. Jadilah manusia yang ada misi dan visi hidup. Jangan cepat mengalah. La tahzan!
Jangan berharap pada makhluk, jangan berharap pada manusia.