RUMUSAN DARIPADA DISKUSI LANGGAR KUMPULAN REMAJA BASIKAL LAJAK

R

Ada 3 kumpulan utama :
1. Kumpulan yang nak lepaskan Amoi kononnya Amoi tu tak salah langsung. Yang salah budak-budak tu, arwah, dan ibubapa mereka.
2. Kumpulan yang kata, oklah 6 tahun penjara, RM6000 denda untuk 8 nyawa remaja dan cacat kekal. Dia bukan sengaja atau berniat membunuh. Tapi tetap melakukan kesalahan memandu secara melulu sehingga melibatkan kematian dan tak kekalkan jarak selamat.
3. Kumpulan yang ni pula kata 6 tahun mana cukup. 8 nyawa kot. Dia balik dari mabuk, ada rekod banyak saman memandu laju, dia yang tak memandu dengan berhati-hati. Orang lain boleh je brake.

—-

Aku dalam kumpulan ke-2. Aku tak percaya segala alasan-alasan pembelaan. Aku pemandu kereta. Aku pernah berhadapan dengan kumpulan basikal dan motosikal. Aku pernah “bowling” mat rempit dulu. Rasanya strike kot.Kelajuan 40-50-70kmh dalam fakta kes aku rasa mengarut je. Tapi, kalau 40kmh pun, kalau kau tak tekan brake pun something wrong. Kalau dah sampai mati terseret tu tu maksudnya tak brake atau brake lambat. Kalau nyondol sahaja, lain impaknya.

Aku cuma tertanya-tanya, kalau kerana mereka anak-anak remaja itu bersalah kerana keluar malam dan bermain di jalan raya, maka mereka bersalah dan wajar dilanggar mati, atau kalau terlanggar mati pun tak salah.

Adakah orang dewasa yang ada lesen, boleh bermain di tengah-tengah jalan pada waktu pagi. Kalau ada kemalangan, kena sapu dengan Myvi King, mereka boleh kata kami sedang konvoi ramai-ramai, kami dewasa, kita tak boleh langgar mati?

Eh, naik basikal tak perlu lesen kan? Basikal juga pengguna jalan raya kan? Ada undang-undang ke kata remaja bawah 18 tahun tidak boleh keluar malam. Mungkin kesalahan remaja-remaja basikal lajak ini adalah lumba basikal di jalan raya tanpa permit. Le Tour De Langkawi ada permit kan?

—-

Ini pandangan aku. Siapa tak setuju takpa. Boleh simpan jiwa DAP, elitis dan kayangan tu. Tak payah tunjuk sangat. Aku tetap percaya setiap nyawa itu berharga tak kira Melayu, Cina, India, pendatang dan lain-lain.

Lebih-lebih lagi remaja-remaja dan kanak-kanak yang masih belum matang. Sosioekonomi keluarga budak-budak ni kita kena tengok juga.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.