SAMAN ALI HUSNI OTHMAN DITOLAK DENGAN KOS RM50,000!

S

Ali Husni Othman ini pernah memfitnah kami, aku, syarikat aku, dan Nik Izwan Kamel bersama-sama Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah. Tetapi dia telah memohon maaf dan mengaku salah selepas kami saman dia.

Atas dasar perikemanusiaan dan kasihan, kami telah memaafkan dia tanpa apa-apa kos ketika itu. Kami meneruskan fokus saman ke atas Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah yang akhirnya menang bergaya sebanyak RM530,000.

Tetapi baru-baru ini, dia telah menyaman aku, Nik Izwan, syarikat aku dan Blockchain Specialist kerana kononnya memfitnahnya pula. Mana entah dia dapat duit nak saman kami atau mungkin sudah kaya.

Malangnya mahkamah telah menolak saman tersebut dengan kos RM50,000. Sekali lagi mahkamah yang mulia bersama-sama kami dan memahami kami ini berada di atas kebenaran.

Ketika kes sedang berjalan, pihak Ali Husni Othman juga bermain taktik tidak gentleman dengan memohon peguam kami, Mahmud Jumaat disingkirkan kerana Mahmud juga dianggap saksi dalam kes saman sebelum ini.

Mahmud terpaksa mengundurkan diri dan digantikan dengan sahabatnya, Bani Prakash. Tetapi aku percaya, di mahkamah sivil yang mulia hanya fakta dan data yang sahih sahaja yang akan diterima sebagai hujah. Maka kemenangan ini jelas menunjukkan siapa di atas kebenaran.

Ali Husni Othman ini menyaman kami seorang diri tanpa apa-apa bukti yang solid dan saksi yang hadir. Ibarat apabila ditanya, apa bukti dan siapa saksi, dia jawab,

“I am the witness, I am the proof and I am the plaintiff!”

Mungkin kerana dia ada duit yang banyak, dia sengaja nak saman kami, rakyat marhaen dan insan yang lemah ini.

Jumlah RM50,000 tidaklah besar untuk aku sebab tak boleh nak beli N-Box, N-One pun tak boleh. Jadi, untuk mensyiarkan kesyukuran ini, kami telah bawa Mahmud Jumaat meraikan hari lahir yang ke 7 dalam tahun ini. Tomahawk dan lobster menjadi hidangan utama semalam.

Apa-apa pun, aku nasihatkan diri aku dan korang semua. Kalau kita tak bersalah, orang saman kita, kita kena hadap, jangan lari, jangan ajak setel tepi, dan jangan mengemis macam cikgu sorang tu. Kalau kena kena LOD, kena tipu, nak tuntut apa-apa, gunakan saluran yang betul.

Boleh Tuntut di www.tuntut.my

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.