“SAYA INGAT SCRUT NI CINA PUNYA..”

“SAYA INGAT SCRUT NI CINA PUNYA..”

kata influencer dunia kewangan, Afyan Mat Rawi.

Kami pernah berjidal 9 tahun lalu, ketika zaman 40 ulama’ muda masuk UMNO. Beliau dengan PASnya menyerang UFB, aku ketika itu masih positif dengan pendirian UFB dan mempertahankan UFB.

Setelah aku tinggalkan UFB. Aku kekal dengan pendirian aku sebagai non-partisan yang hanya percaya dengan kekuatan akal sendiri. Berkawan kerana kebenaran, membenci kerana kebenaran.

Dulu Afyan anti-UMNO, sekarang dia masuk PWTC kawan dengan UMNO. Haha. Harap beliau terus istiqamah tidak masuk UMNO. Aku kekal tidak masuk PWTC kerana UMNO atau PAS, masuk hanya kerana pesta buku dan autoshow sahaja. Bukan tiger show.

Diskusi kami bermula dengan projek #BMBF yang gagal, isu scammer dan dunia kewangan. Kemudian aku cuba memberi penerangan tentang dunia kripto dan blockchain technology setelah ditanya beliau.

Aku hadiahkan buku hebat ini,

“50 Dalil Kenapa Anda Wajib Memiliki Bitcoin” kepada beliau. Semoga beliau tsabat mencari kebenaran.

Sesiapa yang nak faham tentang Bitcoin, belilah buku ni tanpa was-was!

Akhukum fillah abadan-abada.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.