Scammer drone

S

Beberapa hari lalu, Drone.my telah berjaya menangkap seorang scammer yang telah memperdaya pekerja di sana. Orangnya baru berumur 21 tahun.

Modus operandinya adalah dengan menghubungi penjual dan berjanji akan sampai jam 10 malam. Tetapi tidak muncul. Kemudian dia buat panggilan semula kata lewat sikit. Bila tiba, jam sudah menunjukkan waktu 11.30pm.

Selepas dia confirm drone yang dia nak beli, dia kata dia takda cash, takda card. Dia nak buat bank transfer. Dia pura-pura buat bank transfer, screen shot receipt tunjuk dan forward ke penjual. Dia pura-pura kata dah lewat, online banking under maintenance. Penjual yang noob pun kata ok, biarkan dia bawa pulang drone dan aksesori yang berharga RM11 ribu.

Esoknya, si boss check bank duit tak masuk. Bila hubungi scammer tu dia kata dia terbuat Giro bukan instant, so kena tunggu 3 hari. Selepas 3 hari, duit tak masuk juga. Maka, bermulalah pasukan kami mengesan si jilaker ini. Selepas 2 minggu mengesan, akhirnya dia berjaya dikutip.

Rupanya receipt yang ditunjuk dan hantar itu adalah receipt standing instruction. Ya, memang original dan tertulis successful. Bila kami suruh dia buka bank dia, semua transaction fail. Rupanya sudah banyak tempat dia buat.

Nasiblah pasukan kami orangnya baik-baik dan ramah-tamah semuanya. Dia tidak diapakan-apakan pun. Selepas gua tiba, gua bagi tazkirah sikit, akhirnya dia menangis dan insaf. Dia berjanji akan menjadi warganegara yang fasih berbahasa Melayu.

Kami menggunakan kaedah setel di luar sesuai dengan ajaran Nabi untuk masalah mencuri. Selagi belum diangkat ke qadi, maka boleh diselesaikan tanpa hukum had. Ayahnya berjanji untuk membayar balik kerugian kami. Ayahnya hanya seorang pemandu Grab.

Buat rakan-rakan niaga, sila pastikan duit sudah masuk ke akaun anda, baru release barang.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.