SCRUT FIRDAUS WONG!

S

Beberapa hari lalu, telah tular yang Firdaus Wong telah menunjukkan beberapa bukti kepada umum yang dia dapati daripada mangsa predator seksual yang sedang disiasat polis.

Sebagai seorang yang beriman dengan Allah dan Rasul, aku telah SCRUT si budak Cina ini. Macam biasa, aku mulakan dengan bersikap skeptikal ke atas segala yang dia dakwa dan digelar.

Isu 1 :Benarkah Firdaus Wong seorang muallaf?
Jawapannya benar. Dia telah menunjukkan kad muallafnya.

Isu 2 :Benarkah Firdaus Wong seorang ustaz?
Dia tidak pernah mengaku atau menggunakan kata ganti nama dia dengan gelaran “ustaz”. So, Firdaus bukan ustaz.

Isu 3 : Adakah segala sebaran bukti-bukti tersebut mendapat persetujuan mangsa?
Ya, Firdaus Wong telah mendapat blessing tersebut.

—-

Melawan Predator Seksual

Aku telah “head-to-head” untuk tabaiyun segala maklumat dan dakwaan yang dia telah keluarkan beberapa hari lalu. Aku susun mengikut point-point yang aku telah ringkaskan melalui persoalan dan soalan yang aku kemukakan.

1. Bagaimana Firdaus Wong boleh terlibat dengan isu predator seksual ini?Dia dihubungi oleh mangsa-mangsa untuk meminta pertolongan dan nasihat.

2. Bagaimana Firdaus Wong mengesahkan dakwaan mangsa-mangsa?Dia telah pergi dengan team dia, berjumpa sendiri dan melihat sendiri segala bukti-bukti di handphone mangsa-mangsa.

3. Apa lagi yang Firdaus Wong telah lakukan untuk meyakinkan dirinya?Dia telah mengarahkan mangsa-mangsa membuat laporan polis. Mangsa-mangsa telah melakukannya.

Dia juga telah meminta mangsa-mangsa bermubahalah ke atas dakwaan mereka jika mereka tidak berdusta.

Tidak cukup dengan itu, Firdaus juga meminta keluarga dan saksi kepada mangsa-mangsa bermubahalah untuk meyakinkan dirinya lagi. Mereka telah lakukannya.

Firdaus telah menghantar segala bukti ke beberapa video forensic analyst untuk mendapatkan pandangan tentang bukti-bukti yang dia ada. Keputusan adalah positif yang mana, video aksi predator tersebut tidak fake.

Kami juga telah sama-sama buat carian bill telco predator seksual dan telah mendapati predator tersebut memang ada menghubungi mangsa-mangsa.

Aku juga telah melihat segala bukti-bukti, rakaman mubahalah, segala laporan-laporan yang original dan yang paling akhir, aku telah meminta Firdaus Wong sendiri untuk bermubahalah ke atas segala persaksian dan dakwaannya.

Menurut pandangan aku, Firdaus Wong telah menjalankan tanggungjawab tabaiyun ke tahap yang sangat maksimum. Aku berpuas hati dengan segala yang dia telah lakukan. Aku juga percaya perjuangan yang dia sedang lakukan ini tiada personal vendetta tetapi hanyalah tanggungjawab sosial.

Sebagai ayah, abang, dan suami kepada insan-insan yang bergelar wanita, aku menyokong penuh untuk didedahkan kebobrokan predator seksual ini demi kemaslahatan masyarakat sejagat.

Aku menentang mereka yang berkopiah dan berjubah ini memanipulasikan kelemahan kaum hawa ini demi kepuasan nafsu mereka sendiri. Percayalah, syaitan berjubah, berkopiah dan rajin bersedekah ini jauh lagi bahaya daripada syaitan yang tinggal di kelab malam.

Tak percaya?

Takpa, kerana kejadian tersebut mungkin tidak menimpa kaum kerabat anda!

#JanganTaasub

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.