SCRUT KENYATAAN EBIT LEW – ADAKAH EBIT LEW DIJADIKAN DARIPADA CAHAYA?

S

Ebit Lew ada kasyaf? Ebit Lew sengaja dianiaya pihak polis dan pendakwaan kerana diberitahu last minit? Benarkah?

Kita SCRUT dulu!

Untuk berlaku adil, aku telah menonton kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan oleh Ebit Lew serta peguamnya, dan Dato’ Seri Jalil, pengarah JSJ Bukit Aman.

(Mohon tonton dan dengar baik-baik)

Dalam video kenyataan Ebit Lew, dia berkali-kali mengulangi yang dia difitnah dan 11 pertuduhan itu adalah perancangan jahat pihak lain.

Manakala, dalam video kenyataan Dato Seri Jalil, beliau menegaskan pendakwaan adalah dibuat ke atas siasatan dan bukti-bukti yang ada. Ianya bukan fitnah.

Jadi, aku berharap Ebit Lew menamakan pihak-pihak yang konon merancang dan memfitnahnya. Nyatakan dengan jelas dan berani. Takut apa? Takkan orang yang Allah syayang takut nak nyatakan kebenaran?

Kemudian buat saman sivil. Kalau mangsa yang fitnah, saman mangsa. Kalau pihak polis fitnah, saman polis. Kalau pihak pendakwaan yang fitnah, saman pihak pendakwaan. Kalau benar ada fitnah dan perancangan pihak lain, saman pihak lain itu! Kan kaya? Merayau ke oversea satu team, belikan supercar untuk bidadari.

Lawan! Baling batu sembunyi tangan ni bukan cara orang beriman dan gentleman. Ini kes jenayah. Memang-mangsa kena buat laporan polis, polis kena siasat dan bawa kepada AGC untuk didakwa. Dato Seri Jalil telah mengesahkan sebanyak 3 laporan terhadap Ebit Lew.

Kalau rasa ianya fitnah, aku berharap Ebit Lew buat sumpah laknat dan mubahalah since seorang mangsa telah melakukannya. Ia wajar dibalas balik. Sekurang-kurangnya ia meredakan hati mereka yang memahami Islam dengan baik. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting, ia adalah ajaran Quran dan Rasul.

Dalam video kenyataan Ebit Lew, peguamnya mengatakan sudah mendapat makluman sejak minggu lalu, tetapi Ebit Lew pula menyebut beberapa hari lalu. Aku tak faham kenapa mereka nak menyebut last minit walhal ia sepatutnya lebih seminggu. Kenapa?

Nak menjustifikasikan yang dipanggil ke mahkamah ketika sedang buat misi dakwah? Konon-konon macam terkejut? Susahlah nak percaya. Dulu dia mengaku dia muallaf, padahal tidak. Dia pernah kata Caprice tepis dia, tapi dalam video yang direcordkan tidak berlaku pun.

Pengalaman aku dipanggil ke mahkamah jenayah untuk dituduh. Aku dah tahu tarikh dan hari pertuduhan dalam 2 minggu. Macam tak logiklah kata mengejut, last minit dan terkejut. Itu yang peguam dia sebut sejak minggu lepas manakala Ebit sebut beberapa har lalu.

Dalam record di IG Ebit, dia pergi ke Sabah 6/2/2022 dan dia dituduh di mahkamah Tenom pada 18/2/2022. Jika dikira 6-18 tu, aku rasa dah cukup masa dan sesuailah dengan ruang masa yang diberikan. Tapi, taktaulah kalau memang betul last minit, mungkin Ebit Lew ada kasyaf boleh menjangka masa depan. Mungkin Ebit dibuat daripada cahaya!

😜

Rujuk : Kenyataan DSJ di sini – https://fb.watch/bluQjcLTkX/
PS : Allah syayang kita semua!

https://web.facebook.com/aLiph.My/videos/339702734839977

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.