SURATAN ATAU KEBETULAN?

S

Semalam Akhi Fairuz Al-Jengkawi ajak aku minum, aku pun bawalah ke IFMAL Melawati untuk minum kopi KnTL kebanggaan Coffee & Koala.

Aku ajak Cikgu Mohd Fadli Salleh, tapi dia kata malam dia nak dating, jumpa prospect bini muda ke gopren baru. Aku buat-buat tak dengar.

Sampai sana, aku payung dia Fairuz Wagyu A5 Nakanishi standard cut (sebab itu je yang tinggal) dan dibawa ke Saka Cafe untuk dimasak. Orang datang dari jauh, Kedah mali, kena raikan.

Habis makan, lepas maghrib, Sifu Firdaus Wong Fei Hung pula datang. Selepas beberapa minit, Mummy monster Zurianty Sudin pula datang. What a coincidence?

Ini real punya tak dirancang. Ini bukan macam pergi kes misi Sabah, tiba-tiba katanya dapat panggilan konon kena pergi court ada 11 pertuduhan.

Betul-betul punya kebetulan yang telah tersurat! So, apa kami discuss? Takda apa sangat pun, aku cerita macam mana susah perjuangan #JusticeForBella.

Fairuz cerita pasal ramai mangsa sexual abuse/harrassment/grooming yang refuse buat laporan polis. Wong “Fei Hung” cerita pasal kes Ustazah Nazirah yang difitnah menculik.

Kak Zue “mummy monster” cerita pasal nak nikahkan laki dia sorang lagi. Sebab kesian tengok laki dia baik sangat. Terlalu baik untuknya katanya.

Kami tak pernah sekapal. Tapi kami menghala ke arah yang sama. Mungkin perjalanan kami yang kami ambil tidak sama, insyaAllah destinasi kami sama.

Ini kisah benar!

Pelik tapi benar. Cuma tak sepelik Lebai Dusuki yang dipanah petir sampai masuk tabloid Mastika!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.