(Innocent until proven guilty)
Ustaz Madi ialah seorang lebai scam. Dia bukan graduan bidang agama, tetapi dia mengaku ustaz dan menggelarkan dirinya ustaz. Dia juga bukan muallaf, tetapi sering mengaku dia baru masuk Islam dan menambah surname Lee di belakang namanya menjadi Ustaz Madi Lee.
Ustaz Madi seorang yang pandai dan manis berkata-kata. Dia sudah beristeri, tetapi tetap suka melanggan pelacur di malam hari. Anak murid pun dia sebat. Dengan wajah yang agak tampan, pintar bermadah, ramai anak murid jatuh cinta. Pernah satu ketika, dia nak jual bini dia dan juga ajak swap dengan rakannya.
Ustad Madi tiada kerja atau business yang benar. Business-businessnya hanyalah wayang. Income utamanya adalah Yayasan yang dia guna untuk mengutip derma dan mencuci duit haram. Duit derma itu digunakan untuk kehidupannya yang mewah.
LHDN, PDRM dan SPRM tak berani usik dia. Sebab dia selalu bagi bantuan. Dia selalu bagi ceramah di sana. Scammer-scammer besar juga menggunakan Yayasan Ustaz Madi untuk mencuci duit. Audit? Dia sendiri audit. Siapa berani pertikai? Ustaz Madi dianggap wali kutub yang keramat.
Suatu hari Ustaz Madi terkantoi, termengandungkan seorang student dia. Student dia telah mengadu kepada keluarga Ustaz Madi. Ustaz Madi menafikan. Kemudian 7 orang lagi datang mengadu jenayah yang sama.Akhirnya polis datang menyiasat. Polis pun tak berani tahan reman Ustaz Madi. Pada suatu malam, Ustaz Madi cuba merogol isteri adik ipar dia, tetapi dihalang dan ditangkap oleh adik iparnya. Pergaduhan akhirnya berlaku. Ustaz Madi menjawab mudah,
“Selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukum yang saya bersalah, adalah menjadi kesalahan korang semua bercakap dan menuduh saya sebegini. Ini perbuatan yang salah.”
Disebabkan connection kuat Ustaz Madi, tiada pendakwaan dibuat ke atasnya. Ustaz Madi terus mengambil peguam menyaman mangsa-mangsa rogol dan mangsa-mangsa seksual harrassment dia. Memaksa mereka memohon maaf jika tidak, dia akan saman. Adik iparnya juga dihantar LOD suruh mohon maaf.
Dengan sokongan ramai pengikutnya, Ustaz Madi terus menerus melakukan perbuatan terkutuknya ketika kopiah dan jubah tertanggal. Hanya berbekalkan ayat-ayat ketuhanan yang manis-manis, juga dengan bantuan-bantuan menggunakan hasil derma dan wang cuci yang dia perolehi.
Begitulah kisah Ustaz Madi dalam Drama Nur 3.
Pengajaran daripada cerita ini adalah :
1. Jangan lawan lebai. Ustaz Madi “maksum”.
Jangan lawan dan cuba lawan. Para pengikutnya ramai yang akan mengecam dan membantai mereka yang againts dia sebagaimana para mangsa Ustaz Madi kena. Kesemuanya trauma, deppressed dan takut. Akhirnya mereka tarik laporan polis dan mohon maaf.
2. Lebai kalau kaya, jangan tanya.
Lebai boleh cuci duit haram. Sebagai mana mereka mencuci dosa masyarakat dengan doa mereka. Segala autoriti pun tak berani cuit aktiviti haram mereka. Masyarakat awam siapa nak persoalkan? Cemburu?
3. Innocent until proven guilty.
Kalau kau naik bas, ada orang raba kau. Kau tak boleh melantun dan melawan. Kau harus report polis, polis siasat, pendakwaan dibuat, mahkamah jatuh hukum. Baru kau boleh kasitau dunia yang kau kena raba dengan dia. Kalau tak, dia boleh saman kau. Dia kekal tak salah selagi mahkamah tak buktikan dia bersalah. Faham?
Nak contoh lagi?
Ada penyamun masuk rumah Abu, merogol anak dan isterinya. Penyamun tertangkap. Sedang didakwa. Atas masalah teknikal dan kekurangan bukti, kes tersebut kalah. Abu kenal perogol itu. Abu tahu anak dan isteri nya dirogol perogol itu. Tapi, kan perogol kekal tidak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah di mahkamah. Abu depress. Anak dan isterinya akhirnya bunuh diri. Abu pula jadi pembunuh membunuh perogol itu.
Begitulah kisah masyarakat. Kalau kau nampak orang tu dera anak OKU depan mata kau, kau tak boleh kata dia mendera walaupun kau nampak depan mata kau. Sebab innocent until proven guilty itu hanya di mahkamah.
Alangkah lucunya negeri ini!
Innocent until proven guilty..