SEBELUM KAU NAK MENGAJAR ILMU SAHAM..

S

Dalam kawan-kawan aku yang handal-handal dalam trading saham, sorang pun tak buat kelas mengajar.

1. Nik Izwan, dewa coding stock market. Dia trade US stocks intraday & eod. Sekarang dah kaya, nak gohet gerek ja..

2. Muhd Noraswazdi, Bomoh Bursa yang telah membuktikan sistem dia jadi dan terbukti profit. Memang macam bomoh!

3. Feri Pito, pakar swing trading stock Bursa. Sebulan dia buat kurang-kurang 10%. Tekan, masuk tinggal, tunggu. Then masyukkk..

4. Abu Aisy, dia pakar trading stock-stock healthcare dan pharma. Sekali dia swing, RM18k profit, lepas tu RM40k profit, RM100k, profit..

Tapi 4 orang ni takda riuh nak jadi sifu saham. Kenapa ramai orang nak jadi sifu saham, sedangkan tak proven pun..

Kenapa?

Ada 3 fasa dia ngap duit kau!

1. Yuran kelas + bonus referral, comission dari broker!Dia akan ajar kau segala ilmu teknikal mak nenek yang ada dalam buku. Yang dia sendiri pun tersontot. Kau pun akan tersontot. Lepas kau ngadu kat dia, kau tersontot. Dia kata kau emosi, perlu guidance lebih. Kena masuk kelas lagi, beli buku, beli screener.

2. Yuran support/system/buku.Dia kononnya guide kau tapi kau tetap tak jadi kaya. Tak berjaya pun trading diteruskan. Kau makin rugi. Sama je dengan dia, bezanya, dia ada duit dari yuran 1 dan 2.

3. Masuk unit trust, private fund, etc.Dia kata kau ni bangang, takda masa, tak pandai kawal emosi. So, dia suruh je kau letak dalam fund yang dia jaga. Lepas tu suruh kau tolong promote fund dia, dia pun kasi kau refferal. Kau pun jadi penulis sembang kencang. Sebab tu bila aku cabar mereka inj, tak berani datang.

Faham dah?

Tak faham?

Tak faham sudah!

Mengenai penulis

1 komen

  • Logik.. saya baca tertelan air liur. Rasa terhubung jaringan kat otak saya, buatkan saya tersedar. Saya belum lg buka cds.. cuma tengah cari ilmu2. Ada x nasihat cadangan utk saya. Terima kasih sbb kongsi hal ni.

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.