SEBENARNYA BUKAN ISU BANYAK A, TAPI..

S

Di Malaysia ni, rata-rata banyak A kita consider sebagai bijak pandai. Yelah, nak jadi cikgu kan nak mengajar murid-murid. Mestilah kena bijak. Kalau dia sendiri pun tak score A subjek yang dia nak ajar, macam mana dia nak mengajar budak-budak sekolah.

Tapi itu bukan isu sebenar. Isu sebenar adalah memang minat mendidik dan berjiwa pendidik. Teknik mengajar dan apa nak diajar boleh dilatih. Ia bukan sains roket. Mereka yang ada jiwa pendidik ini, akan jadi cikgu yang hebat. Dalam jiwanya adalah mahu mendidik.

Dalam batch sekolah aku dulu. Ketika minggu kerjaya. Seingat aku, hanya 2 orang sahaja yang mengangkat tangan hendak menjadi guru. Seorang sudah menjadi cikgu yang popular. Seorang lagi cikgu pakar.

TETAPI..
Batch aku ini sebenarnya ramai yang jadi cikgu. Mereka ini terdiri daripada jenis,

1. Ketika matrikulasi. Dah rasa tak boleh blah. IPG buka mereka masuk. Walhal mereka tiada cita-cita nak jadi cikgu pun selama ini. Bila aku tanya, jawapan mereka.
“Sebelum kena lelong, baik aku chow dulu. At least jadi cikgu confirm ada kerja.”

2. Tak dapat sambung belajar di luar negara dalam bidang yang dia nak. Ada offer KPM untuk ke luar negara. Dia grab peluang. Aku pernah tanya puak diorang ni masa jumpa di Australia dulu. Jawapan sorang mamat ni simple je.
“Aku nak belajar oversea je. Nanti balik, tengoklah macam mana.”

3. Kena lelong selepas habis matrikulasi. Gang ni gang yang zaman tu, bidang education tak ramai yang masuk. Ada juga yang pilih UPSI atau bidang pendidikan lepas result matriks tak bagus sangat. Bila aku tanya puak ni, jawapan standard.
“Jadi cikgu confirm ada kerja bro. Sekarang ni payah nak dapat kerja gomen.”

4. Masuk KPLI lepas tak dapat kerja. Ini gang yang buat bidang bukan education yang tak dapat kerja atau kecewa dengan life kerja dalam bidang dia. Jadi, mereka masuk KPLI untuk jadi cikgu. Puak ni biasa ego sikit. Alasan dia camni,
“Aku dah malas kerja dalam industri, aku nak cuti banyak dan ada banyak masa dengan family.”

Setakat ni 5 golongan nilah yang aku kenal jadi cikgu. Yang memang dari sekolah sebut nak jadi cikgu, memang aku lihat mereka ni jadi cikgu yang berjaya dan power. Yang lain-lain ni, aku jumpa balik memang jadi joke dan dia sendiri pun takdalah tunjuk semangat pendidik.

Jadi, pada aku bukan sekadar banyak A, tetapi perlu disaring jiwa pendidik mereka. Biar mereka yang benar-benar nak jadi cikgu yang diambil jadi cikgu. Ujian yang tegas seperti psikometri dan psikologi mesti dijalankan. Sejarah perangai dan akhlak juga perlu ditimbang.

Aku ada kawan yang ketika di sekolah dulu ialah tokan cd porno, kini menjadi guru. Ada juga kawan yang pedo yang pernah meraba anak makcik cafe, kini juga menjadi cikgu. Harap mereka telah benar-benar insaf dan taubatlah lepas jadi cikgu kan.

Tapi begitulah. Kalau di Australia nak jadi cikgu sangat susah tau. Disaring kaw-kaw macam nak jadi angkasawan. Walhal is1 aku nak apply jadi cikgu ganti di sekolah swasta saja. Begitulah negara maju melakukan saringan agar kualiti pendidikan mereka menghasilkan nilai yang baik.

At the end, pendidikan ini mesti ada nilai dan menghasilkan nilai. Ada value education. Jika tidak, toilet sekolah tetap kotor, tandas masjid tetap kotor dan jamban awam tetap kotor bedano. Nak tau value education kita berjaya adalah dengan bersihnya toilet-toilet dan tandas-tandas di Malaysia ini dulu.

Entahlah.
Ini sekadar pandangan dan luahan aku. Aku dah jadi bapa. Aku takut lihat jenis kawan-kawan yang aku kenal jadi cikgu..

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.