SEDAP + SEDAP = KESEDAPAN!

S

Korang kalau yang tinggal area Melawati tak pernah makan dekat Saka Cafe memang berdosa besar.

Kesemua makanan dia sedap. Chef hotel buka tepi jalan sebab passion. So hasilnya luar biasa. Ada 2 resepi yang aku suka.
1. Chicken chop SAKA.
2. Kuey Tiaw SAKA.

Semalam, aku buka puasa di pejabat. Maklumlah, aku meniaga kena survive. Kalau revenue sekadar RM20k je, staff-staff aku nak makan apa. Lainlah bisnes cuci-cuci duit kertas kan?

Lepas buka puasa dengan tamar ajwa, solat maghrib, aku terus ke IFMAL Melawati. SAKA Cafe tu sebelah tu je. Usya-usya barang apa ada dalam tu dulu. Then aku duduk.

Tiba-tiba datang ilham nak order Kuey Tiaw SAKA x Chicken Cop SAKA. So, aku order Kuey Tiaw SAKA + Chicken Chop buat lauk extra.

Errk, alhamdulillah. 2 kesedapan dalam satu pinggan!

Lepas habis makan, aku order Kopi KnTL, kopi tersedap di Coffee & Koala untuk segarkan mata supaya malam boleh layan tarawih.

Korang hari ni berbuka kat mana?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.