Bella, abang tolong teman kakak-kakak Bella yang nak tolong tegakkan keadilan buat Bella ni buat laporan polis lagi.
Abang baru habis teman diorang bagi statement. InsyaAllah, pendera yang menyiram air panas dekat tangan Bella, terajang Bella dan iron Bella akan terima hukuman yang setimpal.
Abang tak minta apa-apa dari Bella, abang harap Bella doakan kami saja. Kami tahu, mereka cuba menyalahkan Bella. Kata Bella nakal dan agresif.
Jangan risau Bella, kami tak bodoh, mata kami tak buta, jiwa kami tak zalim. Kami tau Bella anak yang baik. Kami bukan macam orang di sana. Orang jahat pun dia nampak macam Nabi bila dia dibayar..