Saya kira sudah 2 kali puan menyerang Kaklong kami, Pn. Mona Din dalam isu #JusticeForBella dan dalam posting yang terbaru, puan telah menyebut nama saya.
Saya hairan dan kelakar kenapa puan beriya-iya nak melawan kami. Adakah disebabkan puan tidak setuju dan diblock oleh Pn. Mona dalam isu poligamiscam? Puan, bukan kami yang mendera Bella tau!Puan, orang dah tak suka kita, tak usah meroyan. Orang dah tak terima pandangan kita, takpalah. Puan kena steady. Pn. Mona pun bukan kenal Pn. Ainon kan? Saya juga orang yang tidak bersetuju dengan kempen poligamiscam, tapi tidak menjadikan saya ada personal issue dengan Pn. Mona.
Takkan isu penderaan terhadap Bella tidak boleh merentas hati dan akal puan? Isu penderaan Bella ini bukan isu personal, ia isu sejagat. Ia sepatutnya merentas mazhab, ideologi, pendirian dan personal setiap individu yang bergelar insan.
Isu ketaksuban puan terhadap DrMaza sila ketepikan. DrMaza bukanlah maksum. Banyak kesalahan-kesalahan besar yang dia telah buat. Saya ialah orang yang mengkritik DrMaza secara terbuka dalam isu rejam dan politik. Tetapi, tidaklah menjadikan saya join team Pn. Mona untuk menyerang DrMaza untuk isu poligamiscam.
Puan, saya tahu puan kesunyian dan boring setelah kematian suami, jadi janganlah gunakan masa yang ada tu untuk mengecam perjuangan suci ini. Perjuangan menegakkan keadilan ini tiada nama dan logo. Tidak dibayar dan tak dapat apa-apa keuntungan bagi pihak kami. Gunakan masa yang terluang untuk bermuhasabah dan memandaikan diri.
Melihat puan begitu taksub dengan DrMaza tetapi kemudian menyokong Asiah Jalil menunjukkan puan seakan-akan tiada prinsip, pendirian dan ilmu. Adakah puan ahli ISMA macam Alwi Adam? Menyatakan hujah-hujah Asiah Jalil dalam bidang undang-undang tidak boleh disangkal menunjukkan betapa puan sangat noob.
Puan, Asiah Jalil itu baru beberapa tahun saja praktis. Tiada apa-apa reputasi selain kontroversi. Menghina Nabi dan melantik Nabi Yusuf moden. Tapi kalau puan nak percaya ceritanya tanpa melihat dokumen, terserah. Tahulah saya, kerana ketaksuban terhadap DrMaza dan kebencian terhadap Pn. Mona menjadikan pendirian puan kucar kacir. Atau mungkin puan memang kurang cerdik sejak azali.
Kenapa kami masih terus memberi tekanan? Kerana layanan terhadap kes Bella ini dilihat pelik dan lain macam. Lihat sahaja baru-baru ini, kes penderaan di Johor, dengan 1 report, terus sahaja direman. Sedangkan mendera kucing direman, takkan mendera seorang kanak-kanak dan OKU tidak boleh dilakukan sama seperti yang sebelum ini?
Alasan-alasan pelik bin ajaib keluar dari pelbagai sumber yang tidak rasmi. Dan puan boleh terima dan terus percaya? Adakah puan boleh terima saksi mata yang tinggal dengan Bella terus tinggal dengan suspek? Takda kebarangkalian mereka akan dikautim, diugut dan diancam? Itu sebab ia perlu kepada pengasingan melalui reman. Ini logik dan common sense puan!
Saya tertanya-tanya, adakah puan setuju yang Bella nakal, agresif dan suka mencederakan diri sendiri seperti yang didakwa pihak sebelah sana? Adakah puan setuju yang mommy penyelamat itu si penjahat ibarat Zulaikha dan suspek itu orang baik ibarat Nabi Yusuf? Puan, jika mata hati puan telah buta disebabkan emosi dan amarah terhahap Pn. Mona, cuba buka buka mata kasar dan mata minda. Kalau mommy tidak datang waktu itu? Apa jadi kepada Bella? Sudahlah dia positive covid dan tidak dibawa ke hospital!
Kalau Pn. Mona tak buat riuh. Adakah tindakan akan diambil? Adakah mangsa-mangsa dera lain akan tampil dan bangkit? Kalau puan orang yang berakal, fikirlah menggunakan logik akal. Kalau puan gagal berfikir, eloklah puan duduk dan bertafakur di atas sejadah. Mohon doa supaya tuhan beri petunjuk.
Saya lihat puan juga begitu taksub dengan Syed Azmi hanya kerana dia banyak buat kebajikan. Puan, sekali lagi saya mohon puan menggunakan otak puan untuk menganalisa pula. Sudah berapa kali Syed Azmi dibuktikan berbohong dan bias.
Tiada pengangkatan di Rumah Bonda kononnya, tetapi sebenarnya berlaku. Syed Azmi yang puan idolakan itu yang ajar buat public pressure. Puan taktau ke? Tapi untuk kes Bella yang dekat dengan dia, dia berdusta dengan menyatakan dia tak pernah jumpa dan Bella tidak pernah tinggal di Rumah Bonda. Dengan NGO Rumah Bonda tidak submit audit. Puan masih nak beriman dengan dia?
Puan sebagai pentaksub DrMaza patut tahu kisah Ibnu Muljam. Orang yang dilihat lebih baik, ahli Quran yang Umar al-Khattab iktiraf. Akhirnya mati sebagai khawarij yang membunuh khalifah Ali. Ibnu Muljam suci selama ini, tidak terlibat dengan LGBT pun. Ibnu Muljam juga tidak mengutip dana awam. Idola puan tu, entah. Penyokong Comango kan?
Puan, buat kebajikan pakai duit orang, duit derma, dana awam ni tak susah pun puan. Tak payah nak impress sangat. Ada 30% boleh dingap! Kalau nak impress, nak idolakan, idolakan orang yang buat kebajikan pakai duit sendiri. Kata pengkagum DrMaza. Tak kenal Abdul Rahman bin Auf. Dia buat kebajikan pakai duit siapa puan?
Puan, saya nasihatkan puan untuk berlaku adil. Itu lebih dekat dengan taqwa. Jangan kerana kebencian puan terhadap orang lain menjadikan puan berlaku zalim terhadap orang yang tak sepatunya. DrMaza juga pasti tidak akan bersama puan, suspek dan Asiah Jalil. Pasti!
Puan, hanya mata syaitan saja yang tak nampak Bella didera dan dia dianiaya!
Puan, hanya mereka yang buta hati sahaja yang membela suspek!
Puan, ketepikan ketaksuban terhadap DrMaza yang menolak rejam, kebencian terhadap Pn. Mona kerana poligamiscam dan kekaguman terhadap Syed Azmi yang buat kebajikan pakai dana awam dan tak audit.
Renung mata Bella, lihat betapa tersiksa jiwanya didera sedemikian rupa!
Tatap luka dan parutnya, tanya diri sendiri, adakah aku seorang manusia untuk mengatakan Bella suka mencederakan diri sendiri?
Puan Ainon, selamat hari raya korban! Diharap puan korbankan dendam dan benci puan demi keadilan buat Bella..
ps : Video di bawah aku kerat dari Youtuber Kepeng. Kakak dia 1 wad dengan Bella. Kalau bela agresif dah terbalik dah hospital. Ada kecederaan baru di hospital? Tidak!
#Justice4Bella
#JusticeForBella
https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/596392728012251