SENGAJA CARI GADUH?

S

Ini kawan aku tunjuk tadi. Aku nak komen sikit.

1. Cari gaduh dengan dengan seller kereta?
Rasanya mamat ni tak study betul-betul. SCRUT tak pernah cari gaduh dengan sesiapa. SCRUT hanya bercakap benar. Memberitahu fakta dan data yang sebenar. Kemudian, mereka yang butthurt maki kami, kami balas balik, mereka meroyan.

Kami kena saman kerana menyampaikan kebenaran. Kalau ini gimik marketing, takkan kami nak hadap beratus-beratus ribu kos saman dan buang masa hadap gimik marketing kononnya? Takda drama minta maaf dan berdamai dari SCRUT. Seller yang minta maaf ramai. Kami tetap teguh pertahankan prinsip.

2. Cari gaduh dengan VC?
Script yang betul adalah VC cari gaduh dengan aku. Aku hanya pertahankan produk aku dan menyatakan kebenaran yang dia bodoh atau kurang cerdik dalam mempersoalkan produk aku. Kisah tersebut pun kisah lama tahun 2018. Aku cerita pun tahun 2020 kot.

Aku nak kasitau orang-orang muda jangan jadi penjilat. Be proud of yourself and your product. Sampai bila nak jadi badut kena grill cam monyet tapi terpaksa sengeh sebab nak ambil hati VC? Kita bukan level pegawai khas menteri atau peguam junior yang heret beg peguam senior. Kita innovator!

Aku ni ada follower ramai baru tahun lepas. 2017-2019 beberapa company aku dah establish walaupun aku tak kaya dan bergaya macam founder startup lain yang sembang kencang. Celah mana marketingnya.

Ofcourse wall aku aku promote product aku, service aku kadang-kadang. Takkan blog aku, aku tak boleh letak iklan barang aku, service aku. Surat khabar pun jual iklan bang. Kasilah chance. Aku tak promote product sampah kot.

Tapi kalau tak suka, button unfollow ada, button block ada Mark Zuckerberg dah sediakan. Tekan je. Life kau takkan lebih indah pun dengan baca apa aku tulis atau stalk wall aku.

Betul tak?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.