(Pandangan terhadap debat Rafizi vs Shahir)
Sejarah – Shahir bukan pendebat. Rafizi kaki debat. Rafizi yang beriya-iya ajak orang debat. Seorang demi seorang dia cabar.
Dia kan menteri? Agak canggung menteri ajak pembangkang berdebat.
Jadi, apa tujuan?
Siapa yang kenal Rafizi akan faham. Apa yang dia nak. Rafizi ini tidaklah terlalu bodoh. Dia ada matlamat yang dia nak capai. Biasalah, kaki debat dan orang lembut-lembut ni.
Sebenarnya dia nak buktikan yang (PAS+Bersatu)PN memang takda orang cerdik. Itu saja matlamatnya.
Malangnya, Shahir tidak bermain di gelanggang yang Rafizi setup. Itu sebab dilihat Rafizi sentap, keep going nak sampaikan yang Shahir tak faham, gagal faham, tak jawab soalan, kurang bijak dan lain-lain. Persis gaya Ustaz Engku berdebat.
Shahir pula dilihat sudah ada matlamat yang jelas. Dia ambil peluang berdebat dengan Rafizi untuk mengukuhkan namanya dan mengambil kesempatan untuk memberitahu seluruh rakyat Malaysia yang model ekonomi kerajaan Madani hanya copy paste daripada IMF dan World Bank. Aku ucap terima kasih kepada Shahir untuk maklumat ini.
Rafizi pula kita dah tau. Dia memang penipu. Gaji sendiri pun menipu, value company pun menipu. Dia punya company Invoke dan Adnexio pun sembang kemas je. Aku dah buktikan sebelum-sebelum ini dalam #TaikRafizi. Tapi, Rafizi seorang pendebat, membelit adalah kepakarannya. Diantara teknik standard Rafizi adalah labelling. Dia guna tanpa henti terhadap Shahir.
Model ekonomi kerajaan Madani masih tidak jelas juga impaknya. Aku sebagai usahawan SME dan startup tak nampak lagi hala tujunya. Yang aku tau, Invoke tak perlu cashout untuk bayar gaji Rafizi kerana Rafizi dah dapat gaji menteri yang puluh ribu daripada kerajaan. Itu sajalah.
Apa pun, model ekonomi Shahir pula, hanyalah suatu yang terlalu idealistik dan bersifat permukaan sahaja. Aku faham je model yang dia cuba bawa. Rafizi je buat-buat tak faham. Tapi, pada aku ia hanyalah untuk retorik PRN sahaja pada aku. Tidak realistik langsung!
Pada aku, tiada menang dan kalah debat kali ini. Cumanya, Rafizi gagal menunjukkan dia lebih superior berbanding Shahir dengan kemahiran berdebatnya. Shahir pula berjaya capai matlamatnya untuk sampaikan indoktrinisasi sambil menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz Rahimahullah.
Itu sebab aku kata, Shahir bukan pendebat, tapi dia “bijak”!