SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA MENCURI..

S

Aku percaya pantun atau ungkapan orang Melayu lama ini pasti mempunyai bayangan tersirat yang patut dikaji. Jadi, aku nak lihat apa kena mengena siakap, senohong, gelama dan ikan duri dengan berbohong dan mencuri.

Siakap
Siakap adalah ikan yang boleh hidup di air tawr dan air masin. Mungkin pereka pantun nak menggambarkan manusia yang pandai hidup di mana-mana sahaja.

Senohong
Senohong adalah ikan yang agak rare dan berjanggut. Mungkin nak menggambarkan kaum lebai yang tidak ramai.

Gelama
Ikan gelama pula ikan yang common. Kaki pancing mesti tau ikan gelama ini jenis ada bunyi. Mungkin menggambarkan manusia yang banyak cakap dan banyak bunyi.

Ikan duri
Ikan duri adalah ikan pemangsa dan ada sengat. Mungkin digambarkan sebagai kapitalis atau politikus jahat yang sedia ngap orang dan ada senjata untuk pertahanan.

Aku rasa orang tua-tua dulu pilih ikan-ikan ni bukan sekadar untuk sedap, tetap ada maksud tersirat. Boleh saja dipakai ikan kaloi, keli dan tenggiri.

Kan?

Begitulah manusia. Walaupun siapa pun dia, survival, disayangi, lebai, orang biasa, bijak pandai dan kapitalis mahupun politikus.

Apabila mereka mula menipu atau berbohong. Tak kisahlah tipu pangkat, gelaran, etc. Please turn on the red flag.

Lama-lama dia akan mencuri..

Mencuri macam mana? Curi yang dimaksudkan adalah curi yang bermula dengan menipu. Sebagai contoh :

Dia menipu dia ada 7 PhD, orang percaya. So, dia curi duit korang dengan buat kelas mahal, melalui hot seat jual testimonial palsu. Janji itu ini, lepas tu takda apa pun.

Dia menipu dia pernah kerja dekat Affin Hwang, konon pengkaji dan penganalisis pasaran. Lepastu dia collect beli IPO. Duit pun ghaib.

Dia sembang dia boleh buat 1 bulan 10% trading. Ramailah masuk kelas dia. Lepas tu ramai-ramai sontot. Dia curi kat mana? Dia curi daripada fee ler.

Dia kata dia dato (scam). Dia tunjuk kaya. Konon dia invest dan jadi kaya dekat unit trust. Kau yang percaya dengan dato nak jadi kaya macam dato pun join. Sekali merah je. Dia kaya makan komisen.

Ah, banyak lagi contoh kalau aku nak bagi.

Aku pun takkan mampu nak kempen setiap masalah. Itu sebab aku cuba tanamkan, budaya #SCRUTdulu, #MindaSkepikal dan #EvidenceBased untuk korang amalkan dan sampaikan.

Aku ajar cara nak SCRUT, aku sampai develope Interepo (www.interepo.com) lepas ramai complain pening dengan web SSM, aku share segala cara or siapa nak contact untuk SCRUT.

Aku harap masyarakat boleh SCRUT sendiri sebelum buat apa-apa decision dalam hidup korang.

Ingat siakap, senohong, gelama dan ikan duri, walaupun mereka sedap dimakan, boleh jadi punca kerugian dalam hidup korang nanti.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.