Komen je, aku tak minta derma. Aku rasa kalau nak minta derma ni, aku dah terlebih layak dah dengan saman-saman yang aku dapat dalam bersuara mewakili masyarakat.
Even aku dapat offer orang nak tolong aku raise fund pun, aku tolak. Takpalah, selagi kita mampu berdikari, aku terus berdiri sendiri. Aku taknak terhutang budi, taknak juga jadikan derma sebagai kendi.
Telah sampai kepada aku perangai lebai yang aku cukup meluat. Minta derma. Minta derma ni sebenarnya macam kanser dan candu. Dia dah start sekali dia akan merebak dan akan ketagih. Dia akan terus buat dan buat. Sebab apa, duit senang, duit mudah.
Mula-mula dia minta derma untuk NGO adik beradik dia own, yang kita taktau bagaimana duit itu diuruskan. 30% ngap admin fee ka, cash out ka, atau untuk menampung modal nak jadi filantropis bergaya.
Tapi lepas-lepas tu dia galak kutip derma. Kaw-kaw aku tengok dia tunggang. Siap letak syarat jangan spesifikkan niat. Terpulang dekat dia. Aku dikhabarkan sebelum ini dia ada collect duit untuk beli tanah.
Selepas tak jadi beli, tiada sebarang update. Yang ada hanya terus buat collection derma. Yang paling menjengkelkan adalah minta orang hadiah duit kepada dia. Tapi dia naik business class pergi umrah. Aku tak fahamlah kalau ada orang bagi juga.
Aku semak profil dia ni. Dia ni lebai. Ustaz hafal Quran. Budak UIA. Konon pandai berniaga, then buka koperasi. Kalau dah berniaga bagus, pandai berniaga, kenapa tak infaq duit sendiri? Tapi kerap kutip derma. Aku rasa something wrong. Yang paling “rare” siap minta hadiah masuk akaun bank sendiri! Ini memang lain level!
#MindaSkeptikal dah red alert dan terus turn on! Memang aku ni pegang usul asal lebai aku tak percaya melainkan dibuktikan sebaliknya. Siapa yang kenal dia, ada pengalaman bermuamalah dengan dia, sila komen.
Manalah tahu dia ada release bank statement dia, management account dia, dokumen-dokumen sokongan dan audit dia. Setakat ini aku tak jumpa. So, kalau ada sila tunjuk. Ingat, aku takkan percaya mana-mana NGO melainkan dia berani bogelkan semua transaksi.
Siapa nak percaya dia, silakan. Aku? Tidak sama sekali..